awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru anggota sindiket menyamar guna nama syarikat pelaburan terkemuka

Bernama
Bernama
24/09/2024
12:30 MYT
Polis buru anggota sindiket menyamar guna nama syarikat pelaburan terkemuka
Ramli berkata sindiket terbabit menggunakan media sosial seperti Facebook dan WhatsApp sebagai medium pengiklanan dan komunikasi dengan mangsa. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan tujuh lagi individu anggota sindiket penipuan pelaburan yang menyamar menggunakan nama sebuah syarikat pelaburan terkemuka dunia untuk memperdaya mangsa, mengakibatkan kerugian hampir RM33 juta.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata sindiket berkenaan menggunakan nama Pantheon Ventures, sebuah syarikat pelaburan sah berpangkalan di United Kingdom yang telah ditubuhkan sejak 1982.
"Sindiket ini beroperasi sepenuhnya secara dalam talian dan menggunakan nama syarikat pelaburan terkemuka tersebut untuk mengelirukan mangsa.
"Sejumlah 20 akaun bank melibatkan tujuh syarikat, 12 perniagaan dan satu akaun persendirian dikesan telah digunakan oleh sindiket penipuan ini," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata sebelum ini sebanyak 17 individu telah ditahan dipercayai terlibat dengan sindiket itu dan 66 kertas siasatan dibuka sejak Januari lepas.
Ramli berkata sindiket terbabit menggunakan media sosial seperti Facebook dan WhatsApp sebagai medium pengiklanan dan komunikasi dengan mangsa.
"Iklan promosi pelaburan dibuat melalui Facebook dengan menggunakan sistem algoritma Facebook bagi mencapai hasil yang optimum dan keuntungan yang ditawarkan adalah sekitar enam hingga 400 peratus sehari bergantung kepada pakej yang ditawarkan.
"Mangsa turut diyakinkan bahawa pelaburan mereka adalah terjamin dengan adanya bimbingan daripada 'cikgu trader' yang merupakan pakar dalam analisis pasaran modal," katanya.
Beliau berkata bagi tujuan pelaburan, mangsa diarahkan untuk mendepositkan wang ke akaun tertentu atas nama syarikat, perniagaan atau individu dan memuat turun aplikasi APEX dan NEEQ melalui App Store dan Google Store, namun mangsa akhirnya tidak menerima sebarang keuntungan seperti dijanjikan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#media sosial
#sindiket
#WhatsApp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan