awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru banduan lari dari Penjara Pengkalan Chepa

Bernama
Bernama
27/03/2021
10:08 MYT
Polis buru banduan lari dari Penjara Pengkalan Chepa
Polis bersama pihak penjara sedang menjalankan operasi mengesan suspek termasuk mengadakan sekatan jalan raya. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Polis sedang giat memburu seorang banduan lelaki yang melarikan diri dengan memanjat pagar di kawasan menara di Penjara Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Abdul Rahim Daud berkata banduan tersebut Mohamad Soolleh Mohd Noor, 31, dari Jalan Madrasah, Kampung Delima, Wakat Baru, Tumpat, dipercayai melarikan diri semasa proses pembuangan sampah kira-kira jam 10 pagi.
Katanya, siasatan awal mendapati suspek merupakan banduan reman bicara bagi kes di bawah Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) dan mula ditahan di Penjara Pengkalan Chepa sejak Isnin lalu.
Beliau berkata suspek terbabit mempunyai beberapa rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah.
"Polis mengklasifikasikan kes itu mengikut Seksyen 223 dan 224 Kanun Keseksaan. Susulan kejadian itu pihak polis bersama penjara sedang menjalankan operasi mengesan suspek termasuk mengadakan sekatan jalan raya," katanya di sini.
Beliau memohon bantuan orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan dengan suspek dan menghubungi mana mana balai polis yang berhampiran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Penjara Pengkalan Chepa
#Kelantan
#banduan lari
#panjat pagar
#lari semasa buang sampah
#Kota Bharu
#polis
#buru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan