awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kelantan TRW, PDRM FC berdepan kes tunggakan gaji pemain
Lebih 100 maut akibat penyakit berkaitan cuaca sejuk di Rangpur dalam 3 hari
Mesyuarat UNSC mengenai Venezuela diadakan Isnin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru dua lelaki samun kedai emas

Sinar Harian
Sinar Harian
13/05/2022
22:00 MYT
Polis buru dua lelaki samun kedai emas
Anggota polis sedang menyiasat sebuah kedai emas yang disamun dua lelaki pada Jumaat. - Foto Sinar Harian
AMPANG: Polis memburu dua lelaki dipercayai menyamun sebuah kedai emas di Dataran Palma Ampang Point di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian tersebut pada 1.41 petang.
"Dua lelaki yang memakai topi keledar serta jaket dan tidak bersenjata itu meluru masuk ke dalam premis dan terus melompat ke dalam dan menuju ke arah kaunter.
"Suspek kemudian bertindak mengambil barang kemas yang di pamerkan di belakang dinding," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Mohamad Farouk berkata, semasa kejadian kesemua pekerja selamat dan mereka berlindung di sebalik stor di dalam kedai emas berkenaan.
"Anggaran kerugian belum dapat dipastikan lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#kedai emas
#samun
#buru
#Mohamad Farouk Eshak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan