Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 5 Julai 2026.
Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 5 Julai 2026.

  1. Kerajaan tingkat sokongan kepada AIM, pastikan tiada kelompok tercicir bantuan - PM Anwar

    Langkah meningkatkan sokongan itu, antara lain bagi memastikan tiada kelompok masyarakat terutama di luar bandar yang tercicir daripada sebarang inisiatif ditawarkan.

  2. Ahmad Redzuan-Zi Yu tamatkan penantian 19 tahun Malaysia dalam acara beregu campuran

    Pasangan pilihan kedua negara itu mempamerkan aksi yang mantap sepanjang perlawanan dan berjaya menewaskan lawan, iaitu gandingan dari China, Zheng Wei Gang dan Li Meng Han dalam aksi final straight set selama 43 minit.

  3. 16 bekas tentera wanita dipilih sebagai warden sepenuh masa MRSM

    Daripada 162 calon yang menghadiri sesi berkenaan, hanya 16 orang berjaya dipilih selepas melalui proses saringan dan temu duga terperinci.

  4. Malaysia terus diiktiraf sebagai negara Islam contoh

    Malaysia terus diiktiraf pada peringkat antarabangsa sebagai antara negara Islam contoh dalam pengurusan hal ehwal Islam hasil kejayaan pelbagai institusi dan dasar yang dibangunkan secara tersusun, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.

  5. Kerajaan teruskan agenda rumah mampu milik penjawat awam - Anwar

    Kerajaan Persekutuan kekal komited memastikan kebajikan penjawat awam sentiasa dipelihara, melalui agenda penyediaan rumah mampu milik bagi meringankan beban kos sara hidup golongan berkenaan.

  6. Kadar enrolmen pelajar antarabangsa hanya 12.6 peratus di IPT dalam negara - KPT

    Pelajar antarabangsa hanya mewakili 12.6 peratus daripada keseluruhan enrolmen di institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta di Malaysia sehingga 31 Dis 2025, demikian menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

  7. Maszlee setuju, Onn tak dapat hadir, Dialog PRN Johor tetap diteruskan

    Dialog PRN Johor anjuran bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM), Astro AWANI dan Sinar Harian akan diteruskan seperti dijadualkan pada Selasa ini meskipun Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memaklumkan tidak dapat menghadiri program berkenaan kerana mempunyai komitmen yang telah ditetapkan lebih awal.

  8. Peningkatan penyalahgunaan dadah sintetik, AADK pantau penggunaan fentanil

    Penggunaan pelbagai dadah sintetik di negara ini amat membimbangkan apabila bahan berkenaan merangkumi 83 peratus daripada kes penyalahgunaan dadah yang direkodkan, kata Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Ruslin Jusoh.

  9. Malaysia-Singapura sasar lancar sistem imigresen digital Januari depan - PM Anwar

    Malaysia dan Singapura menyasarkan pelancaran sistem imigresen digital baharu serta laluan tambahan menjelang Januari depan, bagi menangani isu kesesakan di pintu sempadan secara komprehensif.

  10. Kerajaan tegas tolak rasuah, ada parti politik tidak senang - PM Anwar

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa terdapat parti politik yang berpakat mahu menjatuhkannya kerana kerajaan pimpinannya tegas dalam membanteras rasuah dan salah guna kuasa.

Must Watch Video

Advertisement