awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan

Polis buru dua lelaki simbah cat di Crackhouse Comedy Club

Bernama
Bernama
19/07/2022
23:00 MYT
Polis buru dua lelaki simbah cat di Crackhouse Comedy Club
Polis telah membuat semakan terhadap rakaman kamera litar tertutup dan mendapati kejadian berlaku antara jam 4.15 pagi hingga 5.09 pagi Selasa. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Crack House Comedy Club, Taman Tun Dr Ismail, di sini yang menjadi lokasi seorang wanita menanggalkan baju kurung dan tudung ketika membuat persembahan komediri, disimbah cat oleh dua lelaki pagi Selasa.
Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Amihizam Abdul Shukor berkata sebahagian cat yang dibaling oleh lelaki berkenaan turut terkena pintu utama sebuah bank tempatan berhampiran.
Katanya laporan polis telah dibuat oleh pekerja bank berkenaan pada jam 10 pagi dan pemilik restoran terbabit pada jam 4 petang Selasa.
Amihizam berkata pemilik restoran, lelaki berusia 39 tahun memberitahu restoran miliknya telah disimbah cat berwarna merah pada papan tanda restoran manakala lantai pintu utama menuju ke tangga disimbah cat warna hitam.
"Polis telah membuat semakan terhadap rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bank dan restoran berkenaan dan mendapati kejadian berlaku antara jam 4.15 pagi hingga 5.09 pagi Selasa.
Semakan turut mendapati dua lelaki menaiki sebuah kereta jenis Proton Waja telah membaling dua plastik berisi cat merah dan hitam ke arah papan tanda restoran berkenaan namun, sebahagian dari cat hitam yang dibaling ke restoran telah terkena pada pintu utama bank dan rakaman CCTV akan dihantar ke Jabatan Forensik PDRM untuk mendapatkan analisis pakar," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Amihizam berkata kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan (iaitu melakukan khianat).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kelab komedi
#Crack House
#simbah cat
#khianat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.