awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru lapan lelaki bertopeng, larikan kira-kira 3kg barang kemas

Bernama
Bernama
01/04/2023
07:16 MYT
Polis buru lapan lelaki bertopeng, larikan kira-kira 3kg barang kemas
Polis sedang memburu lapan lelaki bertopeng disyaki menyamun dan melarikan barang kemas seberat kira-kira 3kg dari sebuah rumah di Taman Bukit Kinrara, Puchong, awal pagi tadi. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu lapan lelaki bertopeng disyaki menyamun dan melarikan barang kemas seberat kira-kira 3 kilogram (kg) dari sebuah rumah di Taman Bukit Kinrara, Puchong, pada awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP A.A. Anbalagan berkata dalam kejadian pada 4.10 pagi itu, semasa berada di luar pekarangan rumahnya, mangsa didatangi lapan lelaki dipercayai warga tempatan, bersenjatakan parang yang memakai baju lengan panjang dan bersarung tangan.
"Seorang daripada suspek telah menumbuk muka mangsa beberapa kali dan memaksanya memberitahu di mana tempat wang disimpan sebelum mangsa dibawa masuk ke dalam rumah.
"Selain itu, suspek turut memaksa ibu pengadu yang juga berada di rumah itu untuk menanggalkan barang kemas yang dipakainya sebelum bertindak menyelongkar setiap bilik di kediaman mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.
Anbalagan berkata suspek melarikan dua beg berisi barangan kemas dianggarkan seberat kira-kira 3 kg dan wang tunai RM5,000.
Mangsa yang berumur 24 tahun telah membuat laporan berhubung kejadian berkenaan pada 5.53 pagi.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi polis bagi membantu siasatan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana rompak berkumpulan dan bersenjata," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lapan lelaki bertopeng
#barang kemas 3kg
#Taman Bukit Kinrara
#A A Anbalagan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan