Seorang lelaki yang didakwa mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun di sebuah kedai di sini petang Rabu lalu diburu polis.
Perbuatan tidak senonoh lelaki terbabit dirakam kamera litar tertutup (CCTV) kedai sebelum ia tular di media sosial sejak petang semalam, lapor Sinar Harian.
Dalam video berdurasi 51 saat itu, mangsa dirakam berada di rak jualan kedai bersama seorang kanak-kanak perempuan dipercayai adiknya.
Ketika mangsa leka melihat barang di rak jualan, suspek mendekatinya dari arah belakang lalu memeluk kanak-kanak itu.
Lelaki tidak diketahui identitinya itu kemudian kembali lagi ke rak jualan terbabit dan melakukan perkara sama sebelum kedua-dua kanak-kanak itu melarikan diri.
Suspek kemudian berpura-pura melihat barang di rak jualan sebelum beredar dari ruang kedai itu.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata kejadian dimaklumkan ibu mangsa pada malam Jumaat lalu sebelum bapa kanak-kanak terbabit membuat laporan polis.
"Bapa mangsa mendakwa suspek memeluk anaknya dari arah belakang dan menggesel kemaluannya ke punggung kanak-kanak itu.
"Suspek kemudian melarikan diri selepas kejadian yang berlaku pada jam 6.19 petang Rabu lalu," katanya.
Beliau berkata, identiti suspek belum dikenal pasti namun usaha mengesannya giat dijalankan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
Astro Awani
Sun Jul 14 2019

Seorang lelaki yang didakwa mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun di sebuah kedai di sini petang Rabu lalu diburu polis. -Foto video tular

Polis buru lelaki pandu lawan arus di MRR2
Polis sedang memburu seorang pemandu lelaki yang dikesan memandu secara melawan arus di Kilometer 11.9 Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

23 syarikat diberi lesen pengelola jemaah haji tahun ini - TH
Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan Lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) kepada 22 syarikat pelancongan tempatan dan anak syarikatnya, TH Travel & Services Sdn Bhd, bagi musim haji 1444H / 2023.

Agenda AWANI: Isu kekurangan guru, bila nak selesai?
Profesion guru didakwa semakin membebankan dengan tugas melampau hingga menyebabkan ada yang memilih bersara awal kerana tertekan? Apa penyelesaiannya?

"Pembentukan Kerajaan Perpaduan hanya untuk balas budi Zahid" - Muhyiddin
Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa tidak seperti apa yang dijanjikan khususnya dalam soal integriti dan tatakelola yang baik.

Marah di balai polis, lelaki ditahan miliki video lucah
Polis menahan seorang lelaki kerana berkelakuan tidak sopan dan disyaki memiliki video lucah, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, semalam.

Agenda AWANI: Malaysia-Singapura | Kerjasama Ekonomi Baharu
Singapura adalah rakan dagangan kedua terbesar Malaysia dengan jumlah perdagangan mencatat RM367.53 bilion (AS$83.53 bilion) tahun lalu. Apa lagi kerjasama ekonomi baharu yang boleh dirintis kedua-dua buah negara?

12 ekor kucing 'harta' pertama diselamatkan ketika banjir
Dalam kejadian banjir itu, kediaman Faridah dan suaminya Ahad Musa, 52, antara yang teruk terjejas apabila air naik hingga ke paras pinggang.

Malaysia Madani | Hormat dan saling percaya penting untuk ubah landskap politik
Hormat dan saling mempercayai adalah penting untuk mengubah landskap politik Malaysia. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, ia merupakan sebahagian elemen dalam konsep Madani yang diperkenalkannya yang bertujuan memastikan pembangunan negara tidak meninggalkan sesiapa di belakang.

Jeti runtuh Pulau Pababag: KPM siasat insiden, arah sediakan laluan lebih selamat
KPM telah meminta agar kerajaan tempatan menyediakan laluan alternatif yang lebih selamat untuk murid, ibu bapa dan guru ke sekolah.

Tambak Johor | PM arah tambah anggota kastam dan imigresen
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan penambahan anggota kastam dan imigresen dibuat serta merta di Tambak Johor. Anwar menyatakan, usaha itu merupakan langkah untuk menyelesaikan isu kesesakan bagi kemasukan rakyat di negara ini ke Singapura.

NGO sambut baik penubuhan jabatan khas kanak-kanak
Badan bukan kerajaan, The Child Advocates and Civil Society Organisations menyambut baik keputusanDatuk Seri Nancy Shukri bagi menubuhkan jabatan atau institusi khas untuk kanak-kanak.

'Period spot checks' langgar hak, salah di sisi undang-undang
Hal ini kerana, wujudnya unsur-unsur gangguan dan penderaan seksual ketika melakukan perbuatan tersebut.

Jurutera mesin mengaku tidak bersalah dakwaan rogol anak kandung
Tertuduh yang berusia 44 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus tiga pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Lelaki cabul budak perempuan ditahan polis
Lelaki berusia 45 tahun itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan bekerja sebagai buruh binaan di kawasan berhampiran.

Polis buru lelaki cabul budak dalam kedai
Perbuatan tidak senonoh lelaki terbabit dirakam kamera litar tertutup (CCTV) kedai sebelum ia tular di media sosial sejak petang semalam.

Guru sekolah agama direman cabul pelajar lelaki
Guru sekolah agama direman kes amang seksual pelajar lelaki

Bapa didakwa 182 pertuduhan liwat, rogol, ugutan seksual terhadap anak
Seorang bapa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak atas 182 pertuduhan melakukan serangan seksual termasuk liwat dan rogol anak kandungnya yang berusia 15 tahun.