awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka raih kemenangan besar - Kajian Asahi
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru lelaki cabul wanita di tempat letak kereta Jalan Metro Pudu

Astro Awani
Astro Awani
02/11/2025
03:00 MYT
Polis buru lelaki cabul wanita di tempat letak kereta Jalan Metro Pudu
Polis sedang memburu seorang lelaki disyaki mencabul seorang wanita tempatan di tempat letak kereta sebuah kelab malam di Jalan Metro Pudu 2, di ibu negara.
KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu seorang lelaki disyaki mencabul seorang wanita tempatan di tempat letak kereta sebuah kelab malam di Jalan Metro Pudu 2, di ibu negara.
Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu sekitar jam 8.09 pagi, pada Sabtu.
“Kes melibatkan mangsa seorang wanita berusia 33 tahun manakala suspek dipercayai seorang lelaki berusia antara 27 hingga 28 tahun.
"Setakat ini, belum ada tangkapan dibuat,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda, atau sebat, atau mana-mana kombinasi hukuman tersebut jika sabit kesalahan.
Polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan digalakkan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan bagi membantu pihak berkuasa mengesan suspek.
Topic Berkaitan
#cabul wanita
#polis buru lelaki
#Jalan Metro Pudu
#cabul kehormatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan