Pihak polis sedang memburu seorang suspek kes curi tabung derma milik pusat tahfiz dan rumah anak yatim yang diletakkan di sebuah restoran makanan Arab di Taman Pekaka, di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Shafee Abdul Samad berkata kehilangan tabung itu disedari pemilik restoran itu pada kira-kira 1.30 tengah hari sebaik sampai di premis yang beroperasi bermula 12 tengah hari hingga lewat malam.
"Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) restoran itu, seorang lelaki berbadan kurus dengan ketinggian kira-kira 1.8 meter memakai t-shirt warna merah dan seluar jeans biru telah mengambil empat tabung itu yang diletakkan di atas meja kaunter sejak awal Februari lalu.
"Ketika itu semua pekerja restoran berada di bahagian dapur dan langsung tidak menyedari insiden itu," katanya kepada Bernama di sini, pada Ahad.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang lelaki dan kejadian itu supaya menghubungi mana-mana balai polis untuk membantu siasatan.
Rakaman CCTV insiden tersebut menjadi tular di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp dan netizen mengecam suspek kerana mencuri tabung milik pusat tahfiz dan rumah anak yatim.
-- Bernama
Bernama
Sun Feb 05 2017
kehilangan tabung itu disedari pemilik restoran itu pada kira-kira 1.30 tengah hari sebaik sampai di premis yang beroperasi bermula 12 tengah hari hingga lewat malam. - Gambar hiasan
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Polis buru lelaki curi tabung derma pusat tahfiz, rumah anak yatim
Kehilangan tabung itu disedari pemilik restoran itu pada kira-kira 1.30 tengah hari sebaik sampai di premis yang beroperasi bermula 12 tengah hari hingga lewat malam.