awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyerang masjid New Zealand mulakan usaha rayu sabitan kes
Peniaga didakwa subahat beri rasuah RM32,000 kepada pembantu pendaftaran JPN
Kes hasutan Muhyiddin dikembalikan ke Mahkamah Tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru suspek baling 'molotov cocktail', bakar kereta Ahli Parlimen Beruas

Aida Aziz
Aida Aziz
10/01/2024
03:31 MYT
Polis buru suspek baling 'molotov cocktail', bakar kereta Ahli Parlimen Beruas
Pasukan siasatan polis menemui 'molotov cocktail' di lokasi kejadian. - Gambar/ PDRM
IPOH: Polis sedang mengesan individu yang terbabit dalam insiden kebakaran kenderaan milik Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham di kediamannya di Ayer Tawar, Manjung awal pagi tadi.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pada jam 2.55 pagi tadi, Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung telah menerima panggilan daripada Koo Ham melaporkan kejadian berkenaan.
"Kejadian kebakaran melibatkan sebuah kenderaan jenis Mercedes Benz, serta Honda CRV yang rosak di bahagian bampar belakang selain Toyota Hilux terkesan di bahagian hadapan.
"Turut ditemui di lokasi kebakaran satu botol disyaki molotov cocktail," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
[TERKINI] DAP minta KDN, PDRM pandang serius serangan terhadap MP
Mohd Yusri berkata, sehubungan itu, kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya kepada pegawai penyiasat, Asisten Superintenden Mohd Azalan Ab Karim di talian 019-3927837.
Terdahulu, media melaporkan tiga kenderaan milik Koo Ham musnah dalam kebakaran di kediamannya di Lorong Semarak Jaya, Taman Semarak Jaya, Ayer Tawar, di sini, awal pagi Rabu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad dalam kenyataanya berkata, kenderaan yang terbabit ialah Mercedes, Honda CRV dan Toyota Hilux.
Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 3.05 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Tawar ke lokasi.
Topic Berkaitan
#Ngeh Koo Ham
#molotov cocktail
#kereta terbakar
#motif kejadian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan