awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guru wanita rugi lebih RM140,000 ditipu lelaki menyamar pegawai NSRC
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Kelantan, Terengganu hingga 29 Dis
Kekasih didakwa bunuh Suri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru suspek kes gaduh di Bangsar

Bernama
Bernama
27/04/2025
13:21 MYT
Polis buru suspek kes gaduh di Bangsar
Kejadian itu melibatkan dua kumpulan lelaki warga tempatan yang dianggarkan seramai antara lapan hingga 10 orang.
KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan individu yang terlibat dalam pergaduhan dan merosakkan harta benda sebuah restoran di Jalan Telawi, Bangsar, di sini, Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, kejadian yang berlaku sekitar 5.40 pagi itu melibatkan dua kumpulan lelaki warga tempatan yang dianggarkan seramai antara lapan hingga 10 orang.
"Siasatan awal mendapati pergaduhan itu dipercayai berpunca apabila seorang wanita daripada satu kumpulan tersebut diganggu oleh satu lagi kumpulan lain," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pengurus restoran berkenaan melaporkan premis itu mengalami kerugian RM5,000 kerana peralatan seperti kaunter makan, meja makan dan perhiasan dinding mengalami kerosakan selain terdapat pelanggan yang lari tanpa membuat pembayaran kerana ketakutan.
Menurut Ku Mashariman polis setakat ini telah merakam keterangan tiga saksi bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 akta sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pergaduhan
#rosakkan harta benda
#jalan telawi
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan