awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru suspek kes samun, cabul

Sinar Harian
Sinar Harian
20/07/2022
15:45 MYT
Polis buru suspek kes samun, cabul
Mangsa berusia 36 tahun ternampak suspek mengekorinya menaiki lif sebelum lelaki itu menyamun dan mencabulnya. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Polis giat mengesan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes cabul dan samun seorang pembantu tadbir di sebuah apartmen di sini, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, dalam kejadian jam 5.30 petang, mangsa berusia 36 tahun ternampak seorang lelaki berusia 20-an telah mengekorinya menaiki lif menghala ke rumah mangsa di tingkat sembilan di apartmen itu.
"Wanita itu telah menegur suspek, tiba-tiba lelaki terbabit menolak dan merampas beg serta dompet mangsa," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.
Katanya, suspek kemudian melarikan diri melalui laluan tangga.
"Mangsa mengejar suspek sehingga ke aras dua bangunan tersebut dan sekali lagi lelaki itu mendekati dan merampas telefon bimbit mangsa jenis Iphone 8.
"Suspek juga bertindak meraba dada dan kemaluan wanita itu sebelum menumbuk pipi mangsa kerana meronta-ronta," katanya.
Ujar beliau lagi, seorang penghuni keluar dari rumah selepas mendengar jeritan mangsa meminta tolong
"Suspek kemudian melarikan diri sambil membuang dompet dan beg tangan mangsa. Wang RM300 milik mangsa turut dibawa lari suspek," katanya.
A Asmadi berkata, hasil siasatan awal mendapati suspek berambut pendek, berkulit gelap, berbadan berisi, berpakaian baju kemeja t warna putih serta seluar warna hitam.
"Usaha mengesan suspek masih diteruskan termasuk melalui kaedah fotofit. Kes disiasat mengikut Seksyen 392/354 Kanun Keseksaan," ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kes samun
#cabul
#Putrajaya
#apartmen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan