Polis akan mengemukakan cadangan supaya kemasukan pengunjung ke pantai peranginan Teluk Cempedak di sini, dihadkan terutamanya pada hujung minggu bagi memastikan aspek penjarakan fizikal dapat dipatuhi.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata cadangan itu difikirkan perlu ekoran tinjauan polis pada petang semalam, mendapati jumlah pengunjung di situ terlalu ramai sehingga berlaku kesesakan di laluan masuk ke pantai itu.
"Pengunjung masih berterusan mahu masuk menyebabkan polis terpaksa mengarahkan mereka membuat pusingan-u. Kita telah terangkan situasi yang berlaku dan minta supaya mereka kembali semula pada hari lain kerana ini melibatkan aspek keselamatan.
"Walaupun tinjauan di pantai mendapati pengunjung akur menggunakan pelitup muka seperti arahan kerajaan, namun jumlah yang terlalu ramai menyukarkan mereka mengamalkan penjarakan fizikal," katanya kepada media di sini, hari ini.
Mohamad Noor berkata cadangan itu akan dibincangkan dengan pihak berkaitan termasuk Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan berharap masyarakat dapat memahami tindakan itu terpaksa diambil bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Selain Teluk Cempedak, Mohamad Noor berkata pihaknya akan terus membuat tinjauan di lokasi tumpuan awam sekitar Kuantan termasuk di pasar bagi memastikan orang awam terus menggunakan pelitup muka di situ.
"Tumpuan juga akan diberikan kepada pengangkutan awam kerana ia melibatkan pelbagai peringkat usia. Pemeriksaan secara mengejut akan dilakukan secara berkala di terminal bas selain sekatan jalan raya.
Kita berharap pengendali syarikat pengangkutan awam dapat memberikan kerjasama kepada polis dan mematuhi semua garis panduan yang telah ditetapkan kerajaan," katanya.
Pada perkembangan berkaitan, Mohamad Noor berkata mereka mengeluarkan kompaun kepada 17 individu kerana tidak memakai pelitup muka pada operasi pematuhan di sekitar bandar ini, Teluk Cempedak, Terminal Sentral Kuantan dan sebuah pusat beli-belah di sini, semalam.
Operasi itu diadakan selama dua jam bermula 4 petang dan selain polis, turut melibatkan anggota tentera, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan MPK.
Mohamad Noor juga menasihatkan ibu bapa untuk peka dengan keberadaan anak terutamanya golongan remaja, supaya turut mematuhi peraturan menggunakan pelitup muka kerana kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan mereka dikenakan denda RM1,000.
"Mereka yang banyak ditegur kerana tidak menggunakan pelitup muka dengan betul adalah golongan remaja. Jika ditahan, kita akan memanggil ibu bapa mereka supaya mereka tahu kesalahan yang telah dilakukan anak mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 02 2020
Pada operasi semalam, 17 individu dikompaun kerana tidak memakai pelitup muka sekitar Kuantan, Teluk Cempedak, Terminal Sentral Kuantan dan sebuah pusat beli belah. - Gambar fail BERNAMA
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.