awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis cari 'Aimay' bantu siasatan kes ibu hamil maut ditembak

Sinar Harian
Sinar Harian
10/06/2022
01:10 MYT
Polis cari 'Aimay' bantu siasatan kes ibu hamil maut ditembak
Mayat Farrah Emirah Mazlan (gambar kecil) ditemukan dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu dan mempunyai kesan tembakan di bahagian perut sebelah kiri. -Foto Sinar Harian
PASIR MAS: Polis mengesan seorang lelaki yang juga saksi bagi membantu siasatan kes ibu hamil yang maut ditembak dalam kejadian di Kampung Repek di sini pada Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, lelaki dikenali Zulhakimy Aiman Suhairuddin, 21, atau nama panggilan, Aimay beralamat terakhir di Kampung Pak Jak, Pasir Mas.
"Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Nor Mazura Yaacob di talian 013-9405819,” katanya dalam satu kenyataan media pada Khamis.
Dalam kejadian Sabtu lalu, seorang wanita hamil tujuh bulan maut ditembak di bahagian perut dalam kejadian di Kampung Teresek, Repek.
BACA: Wanita hamil mangsa tembakan merupakan ibu tunggal tiga anak
Mangsa, Farrah Emirah Mazlan, 26, yang juga seorang peniaga ditemukan dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu dan mempunyai kesan tembakan di bahagian perut sebelah kiri.
*Berita asal disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#ibu hamil maut ditembak
#Aimay
#Zulhakimy Aiman Suhairuddin
#Nor Mazura Yaacob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan