awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis cari empat saksi bicara kes bunuh Kim Jong Nam

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
08/01/2019
11:18 MYT
Polis cari empat saksi bicara kes bunuh Kim Jong Nam
Dua daripadanya merupakan warga tempatan manakala selebihnya warga Indonesia.
Polis menjejak empat saksi bagi tujuan membantu perbicaraan kes bunuh abang kepada Presiden Korea Utara Kim Jong Nam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, dua daripadanya merupakan warga tempatan manakala selebihnya warga Indonesia.
“Keempat-empat saksi ini telah gagal dikesan sehingga kini. Semakan pergerakan Jabatan Imigresen mendapati mereka masih di Malaysia.
“Mereka adalah Raisa Rinda Salma, 24 dan Dessy Meyrisinta,33, keduanya warga Indonesia. Manakala Tham Yook Kun,50 dan Ng Wah Hoong,38, pula masing-masing warga tempatan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Mengulas lanjut, Fadzil berkata orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Serdang atau menghubungi pegawai penyiasat kes Asisten Komisioner Wan Azirul Nizam Che Wan di talian 019-4811844.
Kes pembunuhan Jong-nam mendapat perhatian media antarabangsa selepas beliau dibunuh dengan licik menggunakan agen saraf VX ketika berada di KLIA2 untuk penerbangan ke Macau selepas tiba di Malaysia.
Setakat ini suspek Doan Thi Huong warga Vietnam dan Siti Aishah warga Indonesia telah dituduh di mahkamah di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan pada 1 Mac 2017.
Topic Berkaitan
#Agen Saraf VX
#doan thi huong
#Fadzil Ahmat
#jabatan imigresen
#Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor
#kim jong nam
#saksi
#SITI AISHAH
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan