awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
Imigresen selamatkan pembantu rumah warga Indonesia jadi mangsa eksploitasi
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis cari penulis artikel dakwaan PN cuba rasuah Agong - KPN

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
13/01/2024
11:50 MYT
Polis cari penulis artikel dakwaan PN cuba rasuah Agong - KPN
Razarudin berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan penulis sebenar artikel yang mempunyai dakwaan bahawa pihak Perikatan Nasional (PN) cuba memberi rasuah kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menggulingkan kerajaan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi Astro AWANI hari ini, memberitahu artikel itu disiarkan dalam sebuah portal berita.
Kes itu katanya disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Selain penulis artikel itu, polis juga akan memanggil mana-mana individu yang ada kaitan dengan siasatan dakwaan berkenaan," katanya.
Sebelum ini, Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Azman Abidin meminta pihak berkuasa menyiasat dakwaan mengatakan seorang pemimpin PN terbabit dalam cubaan merasuah individu berpengaruh dan Ahli Parlimen untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.
Dakwaan itu yang disiarkan sebuah portal mendakwa pemimpin PN yang juga seorang Ahli Parlimen, telah menyediakan dana RM1 bilion untuk merasuah Yang di-Pertuan Agong bagi menjatuhkan kerajaan.
Topic Berkaitan
#Razarudin Husain
#Perikatan Nasional
#Kerajaan Perpaduan
#rasuah Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan