awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
PM Anwar dukacita insiden pegeboman masjid di Islamabad
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis cari pihak bertanggungjawab atas kematian N. Dhamendran

Teoh El Sen
Teoh El Sen
27/05/2013
13:56 MYT
Polis cari pihak bertanggungjawab atas kematian N. Dhamendran
Polis telah berikrar untuk mengambil tindakan sepatutnya ke atas pesalah kes kematian dalam lokap N Dhamendran dengan siasatan yang "tulus dan adil”.
Pasukan khas Bukit Aman yang menyiasat kes itu sekarang tengah giat melengkapkan siasatan kes itu, mengikut kenyataan timbalan pengarah Bukit Aman Jabatan Siasatan Jenayah (risikan dan operasi) Datuk Hadi Ho Abdullah hari ini.
Hadi Ho berkata beberapa orang saksi telah disoal dan beberapa lagi kenyataan akan direkodkan.
"Siasatan juga dalam proses mengenalpasti mereka yang bertanggungjawab menyebabkan kecederaan-kecederaan yang dialami oleh si mati," kata Hadi Ho.
Pasukan penyiasat, katanya, dalam proses untuk menyiapkan kertas siasatan dan akan menyerahkan penemuan mereka kepada Jabatan Peguam Negara.
Hadi Ho juga meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi terhadap kes atau mempolitikkan kes ini.
Dhamendran, 32, seorang pekerja Indah Water telah ditangkap pada 11 Mei. Beliau dilaporkan telah ditahan untuk membantu siasatan kes di mana dua orang telah ditembak berikutan hujah di Bandar Tun Razak.
Pada 21 Mei, Dhamendran, yang telah ditahan di ibu pejabat polis Kuala Lumpur, telah diisytiharkan mati di Hospital Kuala Lumpur.
Polis pada mulanya berkata beliau mengadu sakit dada dan Dhamendran rebah berikutan "kesukaran bernafas" diikuti dengan serangan jantung.
Bagaimanapun, polis kemudiannya mengesahkan bahawa terdapat unsur-unsur jenayah dalam kes itu dan kes diklasifikasikan sebagai pembunuhan selepas bedah siasat, yang mendapati lebam-lebam di badan.
Topic Berkaitan
#kematian
#n dhamendran
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan