awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis cari waris mayat lelaki ditemui di Sungai Merchong

Sinar Harian
Sinar Harian
31/08/2023
08:35 MYT
Polis cari waris mayat lelaki ditemui di Sungai Merchong
Polis sedang mengesan waris seorang lelaki yang ditemui mati di Sungai Merchong, Nenasi pada 19 Ogos lalu. - Foto Sinar Harian
PEKAN: Polis sedang mengesan waris mayat seorang lelaki yang ditemui tanpa identiti oleh nelayan di Sungai Merchong, Nenasi di sini, pada 19 Ogos lalu.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, mayat lelaki itu ditemui dengan memakai baju T lengan panjang berwarna biru gelap berjenama Reebok dan baju T tanpa kolar lengan pendek berwarna gelap di bahagian dalam mengandungi tulisan 'Rav 96'.
Menurutnya, mangsa juga memakai seluar panjang berwarna hitam di luar dan berseluar pendek warna kuning serta hitam mempunyai logo Ferrari di dalam.
"Semakan telah dibuat dengan ketua kampung dan penduduk di kawasan Merchong dan Nenasi di sini, namun mereka tidak mengenali mangsa.
"Sehingga kini tiada sebarang laporan berkaitan orang hilang di dalam daerah ini, " katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Mohd Zaidi meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau kenalan diminta menghubungi Penolong Penyiasat Sarjan Majer Othman Mohammad di talian 0129886155 untuk proses pengecaman dan menuntut mayat.
Jelasnya, mayat kini berada di Unit Forensik Hospital Pekan.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Sambutan Hari Kebangsaan 2023
#Merdeka
#Perdana Menteri
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan