KUALA LUMPUR: Polis Cheras menafikan wujud 'double standard' dalam rondaan operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 terutama di musim perayaan.

Ini termasuk pemantauan larangan kunjung-mengunjung membabitkan golongan elit pada sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, terdapat beberapa pasukan pematuhan SOP telah diarahkan untuk melakukan pemantauan di daerah ini termasuk memantau aktiviti kunjung-mengunjung sejak Khamis lalu.

Jelasnya, ini juga terbukti apabila pihaknya sendiri mengetuai rondaan pasukan di perumahan elit dekat Alam Damai.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati tiada aktiviti kunjung-mengunjung di kawasan berkenaan.

Malah, katanya kawasan berkenaan sunyi dengan penduduk berada di rumah bersama ahli keluarga masing-masing.

“Saya ambil daripada yang ditularkan, saya sendiri nak tengok yang apa dimaksudkan bahawa polis tak buat rondaan di kawasan golongan-golongan elit.

“Sebenarnya saya nak nafikanlah, memang kita tidak ada memilih kawasan, memang kita ada buat rondaan dan untuk makluman kawasan ini memang dironda oleh pihak polis.

“Dan hari ini saya sendiri nak tengok bagaimana pematuhan dan setakat ini alhamdulillah, memang saya nafikan kalau (ada dakwaan) pihak polis ‘double standard’,” kata Mohamed Mokhsein dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Tambah beliau, tiada kompaun dikeluarkan pihaknya membabitkan aktiviti kunjung-mengunjung di daerah berkenaan sejak Khamis lalu.

Namun, katanya rondaan berkala diteruskan bagi memastikan orang ramai terus mematuhi SOP yang ditetapkan pihak berkuasa sepanjang sambutan Aidilfitri.

Mengulas mengenai jumlah kompaun yang dikeluarkan pihaknya sepanjang bulan Ramadan lalu, beliau berkata, sebanyak 583 kompaun dikeluarkan sepanjang tempoh berkenaan.

Daripada jumlah itu, lebih 400 kompaun dikeluarkan membabitkan kesalahan tidak mendaftar masuk menggunakan aplikasi MySejahtera.

Kesalahan lain antaranya ialah tidak memakai pelitup muka serta terlibat aktiviti kelab malam.

Manakala, 13 kompaun telah dikeluarkan bagi kesalahan merentas negeri tanpa kebenaran  di dua sekatan