Skip to main content

Malaysia

Polis dapatkan pemeriksaan veterinar kes tidak senonoh lelaki terhadap kucing

Mohd Yusoff bercakap kepada wartawan pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Kontinjen Kelantan bagi Oktober 2026 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, Kota Bharu, hari ini. - Gambar Bernama
Mohd Yusoff bercakap kepada wartawan pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Kontinjen Kelantan bagi Oktober 2026 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, Kota Bharu, hari ini. - Gambar Bernama

Advertisement

KOTA BHARU: Polis akan mendapatkan khidmat doktor veterinar bagi memeriksa lebih lanjut keadaan kucing yang diperlakukan secara tidak senonoh oleh seorang lelaki di Pasir Puteh, dekat sini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, pemeriksaan tersebut bagi membantu siasatan kes berkenaan dan permohonan reman terhadap suspek berusia 49 tahun itu akan dibuat di mahkamah hari ini.

"Kucing yang diperlakukan secara tidak senonoh itu ialah haiwan peliharaan suspek. Polis juga akan mendapatkan penilaian doktor terhadap lelaki bujang itu.

“Dia mempunyai tiga rekod lampau berkaitan dadah dan satu rekod jenayah pecah rumah, namun saringan air kencing ketika tangkapan didapati negatif dadah,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Kontinjen Kelantan bagi Oktober 2026 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Mohd Yusoff berkata, sebanyak 10 ekor kucing yang dipelihara suspek di rumahnya dipindahkan ke lokasi selamat oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semalam.

Polis menahan lelaki itu semalam selepas video berdurasi 56 saat yang memaparkan perbuatan tidak senonohnya terhadap seekor kucing tular hingga menimbulkan kemarahan pencinta haiwan dan mengganggu emosi masyarakat.

 -- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement