NATIONAL
Polis didakwa bunuh pelajar: Mahkamah tetapkan tiga hari dengar hujahan pendakwaan, pembelaan

Mohd Nazri didakwa menyebabkan kematian Muhammad Zaharif Affendi berhampiran SMK Jati di Ipoh pada 15 Dis 2023. - Gambar fail/Bernama
IPOH: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan tempoh tiga hari iaitu 16 hingga 18 Julai ini untuk mendengar hujahan bagi pihak pendakwaan dan pembelaan berhubung kes pegawai kanan polis DSP Mohd Nazri Abdul Razak yang dituduh membunuh Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, dua tahun lepas.
Ringkasan AI
- Mahkamah Tinggi menetapkan 16 hingga 18 Julai untuk mendengar hujahan pendakwaan dan pembelaan dalam kes DSP Mohd Nazri Abdul Razak yang dituduh membunuh Muhammad Zaharif Affendi.
- Mohd Nazri didakwa menyebabkan kematian Muhammad Zaharif Affendi pada 15 Disember 2023 berhampiran SMK Jati.
- Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun dan sebatan jika tidak dihukum mati.
Pada 17 Jan lepas, Hakim Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet menetapkan 14 April untuk sebutan semula kes melalui Zoom bagi menentukan tarikh hujahan lisan sebelum mahkamah memutuskan sama ada membebaskan Mohd Nazri, 45, daripada pertuduhan atau diperintah untuk membela diri.
Mohd Nazri didakwa menyebabkan kematian Muhammad Zaharif Affendi berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di sini, antara 12.05 tengah hari hingga 12.40 tengah hari, 15 Dis 2023.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun atau maksimum 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 12 sebatan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami