awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis diminta siasat segera video tular wanita Dayak dimaki isu perkauman

Bernama
Bernama
25/03/2025
15:39 MYT
Polis diminta siasat segera video tular wanita Dayak dimaki isu perkauman
Aaron turut mengingatkan kepada semua rakyat Malaysia agar terus menjaga keharmonian dan perpaduan negara dengan saling hormat-menghormati dan memahami antara satu sama lain. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis digesa menjalankan siasatan segera terhadap satu video tular mengenai seorang jurujual wanita berketurunan Dayak yang didakwa diugut dan dimaki seorang lelaki, termasuk melibatkan perkataan berbaur perkauman dalam insiden di Central i-City Shah Alam baru-baru ini.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata tindakan sewajarnya harus dikenakan kepada pelaku, sambil menyifatkan perbuatan berbaur perkauman dan tidak bertamadun, malah bertentangan dengan prinsip Rukun Negara itu harus ditangani secara serius.
"Insiden seperti ini tidak sepatutnya wujud dalam masyarakat berbilang bangsa dan agama di negara ini. Setiap individu berhak untuk dihormati tanpa mengira latar belakang etnik, agama, atau status sosial mereka.
"Kementerian Perpaduan Negara tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk penghinaan terhadap mana-mana kaum di negara ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Aaron turut mengingatkan kepada semua rakyat Malaysia agar terus menjaga keharmonian dan perpaduan negara dengan saling hormat-menghormati dan memahami antara satu sama lain.
Terdahulu, tular menerusi aplikasi TikTok rakaman video berserta kapsyen yang mendakwa seorang jurujual wanita berketurunan Dayak, diugut dan dimaki pelanggannya termasuk berbaur perkauman, dipercayai berpunca daripada perselisihan faham dalam transaksi jual beli.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#video tular
#wanita Dayak
#dimaki
#perkauman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan