awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
Sultan Selangor terima menghadap Dr Malik, pertemuan sarat emosi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis edar lakaran wajah suspek kes tembak Dr Fadi

Astro Awani
Astro Awani
23/04/2018
04:36 MYT
Polis edar lakaran wajah suspek kes tembak Dr Fadi
KPN Fuzi Harun menunjukkan lakaran wajah dua suspek yang dipercayai menembak mati warga Palestin, Dr Fadi di Setapak, Sabtu lepas. - Foto Twitter Bernama
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengedarkan lakaran wajah dua suspek kes bunuh Imam Palestin, Dr Fadi Mohammed al Batsh di semua pintu keluar masuk negara.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, suspek dipercayai warga Eropah atau Asia Barat.
Menurutnya, kedua-dua suspek dikesan menaiki sebuah motosikal berkuasa tinggi jenis BMW GS atau Kawasaki Versys.
BACA: Jenazah Dr Fadi akan dibawa pulang ke Gaza - Duta Palestin
“Suspek memakai jaket warna gelap, topi keledar gelap dan membawa beg galas. Lakaran imej kita perolehi
“Fotofit berkulit cerah dipercayai warga dari Asia Barat atau Eropah jambang yang panjang di dagu dengan ketinggian 180 sentimeter selain kedua-dua suspek berbadan tegap,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis pemakaian pangkat di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini pagi ini.
BACA: Siapa Dr Fadi AlBatsh?
Menurut Mohamad Fuzi, keputusan bedah siasat mendapati terdapat 14 kesan tembakan ditemui pada badan dan kepala mangsa.
Katanya, peluru dan kelongsong telah dihantar kepada pakar untuk dianalisis bagi mengetahui jenis senjata digunakan.
Topic Berkaitan
#eropah
#Gaza
#Mohamad Fuzi Harun
#Palestin
#PDRM
#Polis Diraja Malaysia
#suspek
#Timur Tengah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan