awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis gesa individu sertai pelaburan XFox Mix Biz tampil buat laporan

Bernama
Bernama
09/10/2023
03:00 MYT
Polis gesa individu sertai pelaburan XFox Mix Biz tampil buat laporan
PDRM mengingatkan masyarakat untuk tidak terpedaya dengan promosi pelaburan menjanjikan keuntungan terlalu lumayan dalam masa yang singkat.
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggesa mana-mana individu yang menyertai pelaburan XFox Mix Biz untuk segera tampil dan membuat laporan di balai polis berhampiran.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata pihaknya menerima laporan polis daripada seorang pemilik syarikat yang mendakwa nama dan logo syarikatnya digunakan bagi mempromosi skim pelaburan tersebut.
"Beliau telah menafikan pengetahuan mahupun penglibatan syarikatnya itu dengan skim pelaburan terbabit," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ramli berkata dalam usaha membendung kegiatan sindiket penipuan seumpama itu, PDRM mengingatkan masyarakat untuk tidak terpedaya dengan promosi pelaburan menjanjikan keuntungan terlalu lumayan dalam masa yang singkat.
"Dapatkan nasihat serta maklumat lanjut daripada sumber-sumber rasmi seperti Pusat Respons Scam Kebangsaan di talian 997, portal Semak Mule, senarai amaran Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebelum membuat keputusan untuk menyertai skim pelaburan yang meragukan.
"Selain itu, semakan terperinci dengan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan perlu sentiasa dilakukan sebelum mengambil keputusan untuk menyertai skim pelaburan tertentu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#XFox Mix Biz
#PDRM
#Ramli Mohamed Yoosuf
#skim pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan