awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis giat buru suspek kes tembak penyelia pengawal keselamatan

Bernama
Bernama
19/03/2024
15:23 MYT
Polis giat buru suspek kes tembak penyelia pengawal keselamatan
Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S. Vijaya Rao berkata walaupun tiada petunjuk jelas, usaha mengesan dan memburu suspek sedang giat dijalankan. - Gambar fail/BERNAMA
KLANG: Polis sedang giat menjejaki suspek yang menembak penyelia pengawal keselamatan dalam kejadian di pekan Kapar pada 6 Mac lepas.
Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S. Vijaya Rao berkata walaupun tiada petunjuk jelas, usaha mengesan dan memburu suspek sedang giat dijalankan.
Beliau berkata siasatan mendapati kenderaan yang dinaiki suspek semasa kejadian, menggunakan nombor pendaftaran palsu.
"Polis telah meneliti rakaman kamera litar tertutup yang terdapat di sekitar lokasi kejadian namun setakat ini tiada petunjuk jelas dapat membantu siasatan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara kepada Supt Mohd Rahimi Zainol serta majlis berbuka puasa di sini hari ini.
Vijaya berkata semakan terhadap mangsa berumur 46 tahun yang cedera terkena tembakan di tangan kanan, rusuk kanan dan bahu kanan, didapati mempunyai rekod jenayah dan penyalahgunaan dadah.
Dalam pada itu, beliau berkata lima suspek yang ditahan bagi membantu siasatan telah dilepaskan selepas berpuas hati dengan keterangan yang diberikan.
Kesemua yang ditahan merupakan rakan mangsa berada di tempat kejadian dan siasatan mendapati mereka tidak terlibat dengan kejadian itu, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#suspek kes tembak
#penyelia pengawal keselamatan
#Polis Daerah Klang Utara
#buru suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan