KUALA SELANGOR: Polis masih giat mengesan seorang wanita dipercayai berpura-pura qiamullail untuk mencuri beg jemaah di Masjid Raja Lumu, Bukit Malawati di sini pada Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Ramli Kasa berkata, polis masih belum membuat sebarang tangkapan berkaitan kes itu setakat ini.
"Identiti suspek yang dirakam menerusi CCTV (rakaman kamera litar tertutup) masjid itu belum dikenal pasti," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.
Sehubungan itu, katanya, polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat supaya menyalurkannya di balai polis berdekatan.
Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
Media pada 18 Mac lalu melaporkan seorang wanita berpura-pura mahu melakukan qiamullail sebelum mencuri sebuah beg telekung jemaah wanita dalam kejadian di Masjid Raja Lumu, Bukit Malawati.
Bagaimanapun, kejadian jam 5.40 pagi Ahad itu sempat dirakam CCTV masjid itu sebelum rakamannya tular di media sosial. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Mar 22 2024
Rakaman CCTV suspek mencuri sebuah beg di ruang solat wanita di Masjid Raja Lumu, Bukit Malawati pada Ahad. - Foto Sinar Harian (Gambar kecil: Superintenden Ramli Kasa)
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
10 hospital kerajaan tawar khidmat bayar penuh PPBP - Dzulkefly
Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh yang diperkenalkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak 2007 kini tersedia di 10 hospital awam.
Padah curi beg galas ketika solat Jumaat, penganggur kena hukum penjara
Seorang penganggur dipenjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mencuri beg galas ketika solat Jumaat di sebuah masjid.
Polis giat kesan wanita pura-pura qiamullail curi beg dalam masjid
Polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat supaya menyalurkannya di balai polis berdekatan.
Lelaki curi beg semasa jemaah sedang solat di Masjid Muhammadi Kota Bharu diburu
Polis sedang memburu seorang lelaki yang dilihat mencuri beg silang seorang jemaah yang sedang bersolat pada waktu Zohor di Masjid Muhammadi Kota Bharu Rabu lepas.