awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis giat kesan wanita pura-pura qiamullail curi beg dalam masjid

Sinar Harian
Sinar Harian
22/03/2024
02:45 MYT
Polis giat kesan wanita pura-pura qiamullail curi beg dalam masjid
Rakaman CCTV suspek mencuri sebuah beg di ruang solat wanita di Masjid Raja Lumu, Bukit Malawati pada Ahad. - Foto Sinar Harian (Gambar kecil: Superintenden Ramli Kasa)
KUALA SELANGOR: Polis masih giat mengesan seorang wanita dipercayai berpura-pura qiamullail untuk mencuri beg jemaah di Masjid Raja Lumu, Bukit Malawati di sini pada Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Ramli Kasa berkata, polis masih belum membuat sebarang tangkapan berkaitan kes itu setakat ini.
"Identiti suspek yang dirakam menerusi CCTV (rakaman kamera litar tertutup) masjid itu belum dikenal pasti," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.
Sehubungan itu, katanya, polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat supaya menyalurkannya di balai polis berdekatan.
Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
Media pada 18 Mac lalu melaporkan seorang wanita berpura-pura mahu melakukan qiamullail sebelum mencuri sebuah beg telekung jemaah wanita dalam kejadian di Masjid Raja Lumu, Bukit Malawati.
Bagaimanapun, kejadian jam 5.40 pagi Ahad itu sempat dirakam CCTV masjid itu sebelum rakamannya tular di media sosial. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#curi beg
#ruang solat wanita
#Masjid Raja Lumu
#Qiamullail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan