Alat pengesan haba digunakan malam Khamis dalam operasi mencari dan menyelamat Jashiah Rabu yang hilang sejak 23 Okt lalu.
Ketua Balai Polis Kuala Kubu Bharu, ASP Mohd Razit Md Tahir berkata alat itu yang lebih berkesan pada waktu malam, digunakan untuk mencari guru besar SK Taman Keramat Satu itu bermula pukul 10.30 malam Khamis.
"Alat itu lebih jelas nampak objek yang terlindung dan senang untuk menjejaki mangsa pada waktu malam. Malam ini, kami fokuskan pencarian sejauh dua kilometer bagi mencari mangsa," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian di sini.
Mohd Razit berkata sehingga operasi berakhir pada pukul 12.15 tengah malam tidak ada petunjuk baharu ditemui. Operasi SAR akan disambung pada pukul 9 pagi Jumaat.
Jashiah kali terakhir dilihat jirannya keluar dari rumahnya pada 23 Okt lalu dan apabila suaminya Ruzilan Omar, 57, pulang didapati pintu rumah mereka terbuka dan Jashiah tiada di rumah.
BACA: Guru Besar hilang: Apa yang kita tahu setakat ini?
Difahamkan, Jashiah menghala ke kawasan hutan simpan Bukit Kutu selepas keluar daripada rumahnya di Taman Seri Seruling dengan berjalan kaki dan menumpang kereta orang lain sejauh kira-kira 10 kilometer.
Bernama
Fri Nov 06 2015

Mohd Razit berkata sehingga operasi berakhir pada pukul 12.15 tengah malam tidak ada petunjuk baharu ditemui.

Wonda Kopi Kluang cemerlang, lebih 2 juta tin terjual
Kolaborasi antara Kopi Wonda dan Astro Shaw sempena tayangan filem Keluang Man The Movie mencetus fenomena bukan sahaja di layar perak, malah turut mendapat sambutan luar biasa di pasaran tempatan.

Denda sehingga AS$26,670 salah guna visa lawatan bagi tujuan haji - Kementerian Dalam Negeri Saudi
Jumlah denda akan digandakan mengikut bilangan individu yang diberikan visa lawatan dan melanggar peraturan itu.
Malaysia terajui usaha perkasa ekonomi wanita ASEAN
Malaysia bakal menjadi perintis kepada penubuhan Pusat Pemerkasaan Ekonomi Wanita ASEAN yang akan beroperasi di ibu negara.
'Sting' bangga terbangkan Jalur Gemilang
Sting zahirkan rasa bangga dapat memberi pelbagai aski di ruang udara Langkawi sepanjang berlangsungnya Pameran Antarabangsa Maritim dn Aeroangkasa Langkawi 2025.
Simbol kebanggaan negara, komited jadikan acara dwitahunan berprestij
Kementerian Pertahanan komited jadikan penganjuran Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) sebagai acara dwitahunan berprestij di Malaysia.

Undang-undang baharu urus sisa kilang sawit perlu digubal - Abang Johari
Satu undang-undang baharu perlu digubal bagi menguruskan dan mengoptimumkan penggunaan sisa buangan kilang-kilang sawit di Sarawak.
Kempen Rafizi menakutkan, faktor utama kekalahan
Strategi kempen agresif Rafizi yang dianggap menakutkan dan lantang mengkritik sistem dan pihak tertentu, akhirnya menguburkan peluangnya untuk menang.

Hakim AS halang larangan pelajar asing di Harvard
Harvard juga menuduh pentadbiran Trump cuba memberi tekanan ke atas institusi itu melalui tindakan balas yang didakwa tidak sah.
Tun M sindir pelantikan semula Azam Baki
Tun Dr Mahathir Mohamad tampil menyuarakan pandangannya secara sinis berhubung pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Perdana Menteri Vietnam, Loas adakan lawatan rasmi ke Malaysia mulai 25 Mei
Lawatan rasmi itu berlangsung menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, Sidang Kemuncak ASEAN-GCC ke-2 dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 26 dan 27 Mei ini.

Fokus saringan koronavirus di sempadan darat terhad kepada warga China
Jumlah alat pengesan haba atau thermal scanner yang terhad di sempadan darat Malaysia-Singapura menyebabkan Kementerian Kesihatan lakukan saringan koronavirus pada rakyat China sahaja.

Koronavirus: Pahang tempatkan pengesan haba di pintu masuk antarabangsa
Pahang menempatkan alat pengesan haba (thermal scanner) di tiga pintu masuk antarabangsa sebagai langkah mencegah jangkitan novel koronavirus di negeri itu.

Polis guna alat pengesan haba cari guru besar Jashiah Rabu
Alat pengesan haba digunakan malam Khamis dalam operasi mencari dan menyelamat Jashiah Rabu yang hilang sejak 23 Okt lalu.