JOHOR BAHRU: Polis sedang memburu 20 individu dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap yang melakukan rusuhan dalam satu upacara pengebumian, di sebuah premis pengurusan mayat bukan Islam di bandar raya ini, Selasa lepas.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata sehari sebelum kejadian, seorang lelaki berusia 30an yang mempunyai beberapa rekod jenayah telah ditembak menggunakan senjata api di Taman Melodies, di sini.
"Pada 20 Mac lepas, ada seorang lelaki telah ditembak namun siasatan sedang dijalankan untuk mengetahui motif pembunuhan tersebut.
"Keesokan harinya, semasa upacara pengebumian mangsa, sekumpulan 20 individu telah datang dan membuat kekacauan di tempat sembahyang mendiang, jadi usaha mengesan mereka sedang dijalankan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan juga Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Ditanya sama ada pembunuhan itu berkait dengan satu lagi kes pembunuhan melibatkan seorang lelaki di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi, di sini, pada 2017, Kamarul Zaman berkata pihaknya sedang menyiasat dakwaan terbabit.
Pada 17 Dis 2017, seorang lelaki berusia 30an dilaporkan mati ditikam dan dilanggar dengan sebuah kereta yang dinaiki empat lelaki, di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi kira-kira 7.30 malam ketika mangsa bersama seorang wanita warga asing berusia 20-an yang dipercayai isterinya, sedang mengisi angin tayar kereta di stesen tersebut.
Dalam kes berlainan, Kamarul Zaman berkata pihaknya dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) sedang memburu enam ahli kumpulan ajaran sesat Suhaini Muhammad atau Sihulk, berusia lingkungan 20-an hingga 30-an, selepas dipercayai menghina Islam serta Nabi Muhammad SAW di aplikasi TikTok baru-baru ini.
"Berhubung video ajaran sesat yang tular, enam individu terbabit telah dikenal pasti dan tindakan akan diambil oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.
"Nasihat saya, lebih baik sekiranya mereka menyerah diri dan datang kepada pihak polis, berbanding membiarkan polis datang kepada mereka," katanya sambil menambah wajah-wajah pelaku jelas kelihatan di dalam video tersebut.
Pada Selasa lepas, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid dilapor berkata JAINJ dan polis sedang mengesan ahli kumpulan ajaran sesat Sihulk.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 23 2023

Kamarul Zaman berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan juga Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh. -Gambar fail/Bernama

Israel kembali serang Gaza, orang awam antara yang cedera
Sejumlah penduduk awam Palestin terutama kanak-kanak dan wanita, terkorban atau cedera pada pagi Jumaat apabila tentera penceroboh Israel meneruskan serangan ke atas Semenanjung Gaza.

Negeri Sembilan bentang Belanjawan 2024 RM555 juta, hasil RM520 juta
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2024 berjumlah RM555 juta dengan anggaran hasil sebanyak RM520 juta dan belanjawan pembangunan mencecah RM140 juta.
Hanya Kelantan masih terjejas banjir
Hanya Kelantan masih terjejas banjir sehingga jam 7 pagi Jumaat dengan seramai 795 mangsa ditempatkan di 4 PPS yang masih aktif. 2 PPS terakhir di Terengganu ditutup pada Khamis malam.
[TERKINI] Sesi pengumuman khas 5G
Ikuti sesi pengumuman khas 5G oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang diadakan di Tun Razak Exchange, TRX, Kuala Lumpur.
AWANI Ringkas: Kes SRC: Najib mohon lepas tanpa bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Digital ID: Kerajaan pastikan perlindungan data peribadi, keselamatan siber sentiasa terkawal
Pelaksanaan Identiti Digital Nasional atau Digital ID akan memastikan perlindungan data peribadi dan keselamatan siber sentiasa terkawal selain memudah cara perkhidmatan awam dan swasta.

Hujan berterusan di Terengganu, beberapa kawasan di Kelantan, Pahang hingga Ahad
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi seluruh Terengganu serta beberapa kawasan di Kelantan dan Pahang mulai hari ini hingga Ahad. Menurut

Lima kampung di Johor dilanda banjir, 538 orang dipindahkan
Hujan lebat sejak malam tadi menyebabkan lima kampung di daerah ini dilanda banjir dengan beberapa sungai berada pada paras bahaya dan waspada.

Dakwaan lebih 10 ekor kucing mati akibat direndam air panas tidak tepat - Polis
Dakwaan punca kematian lebih 10 ekor kucing di Pasar Borong Jerantut, dekat sini akibat direndam dengan air panas, tidak tepat.

Pasha minta peminat cadang nama penyanyi baharu untuk kolaborasi
Agak-agak penyanyi wanita mana yang anda mahu lihat nyanyi bersama Ungu di konsert Mayapada Ungu Live in Kuala Lumpur?

Ahli kongsi gelap diberkas terbabit kegiatan pecah rumah
Seorang lelaki disyaki ahli kongsi gelap diberkas selepas dipercayai terlibat dalam kejadian pecah masuk sebuah rumah di Taman Dagang Permai di sini pada Rabu.

Polis tumpas sindiket tipu kerja sasar warga Singapura
Polis menumpaskan sindiket penipuan pekerjaan dengan penahanan empat warga Singapura dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Perling, pada 26 Jun lepas.

Polis Pulau Pinang kenal pasti kongsi gelap sokong NGO dalam PRN
Polis Pulau Pinang telah mengenal pasti kumpulan kongsi gelap yang dipercayai menyokong badan bukan kerajaan (NGO) dalam kempen pilihan raya negeri (PRN) di negeri ini.

Kes buli: Polis siasat penglibatan kongsi gelap
Polis akan menyiasat sama ada wujud penglibatan kongsi gelap dalam dua kes buli di sebuah sekolah menengah di Butterworth dan sebuah institusi menengah bawah Mara di Balik Pulau.

Polis tahan kumpulan kongsi gelap 'Geng 36' di Bahau
Sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati kesemua suspek sedang membuat persediaan untuk melakukan pergaduhan dan jenayah.

Dua ahli kongsi gelap warga Taiwan ditahan di KLIA
Dua ahli kongsi gelap warga Taiwan ditahan di KLIA

Polis Johor buru 20 individu merusuh di premis pengurusan mayat
Polis sedang memburu 20 individu dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap yang melakukan rusuhan dalam satu upacara pengebumian, di sebuah premis pengurusan mayat bukan Islam di Johor Bahru.

Polis sahkan tiada NGO di Johor terlibat kongsi gelap
Polis Johor mengesahkan tiada badan bukan kerajaan (NGO) di negeri itu yang terlibat dengan kegiatan kongsi gelap.

PRU15: Polis Pulau Pinang terima 30 laporan termasuk babit geng kongsi gelap
Polis Pulau Pinang telah menerima sebanyak 30 laporan membabitkan pelbagai kesalahan dalam tempoh sepuluh hari berlangsungnya kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Polis tumpaskan 'Geng San Sentosa', tahan enam suspek, rampas empat pistol
Polis menumpaskan 'Geng San Sentosa' apabila ketua dan lima ahli kongsi gelap itu ditahan di beberapa lokasi berasingan di sekitar Selangor dan Pulau Pinang, antara 17 April hingga 14 Sept lalu.