Polis menahan lima orang dan merampas 15kg dadah jenis syabu dan kafein bernilai RM130,500 dalam satu serbuan ke atas makmal memproses dadah di Sungai Kob, Kulim, Khamis lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah Supt Helmi Aris berkata dalam serbuan pukul 3.40 petang itu, polis menahan tiga lelaki tempatan, seorang lelaki dan seorang wanita warga Myanmar berumur antara 22 dan 55 tahun.
Hasil pemeriksaan di rumah itu, polis menemui 5.7kg dadah jenis syabu dan 9.3kg dadah dipercayai kafein serta peralatan memproses dadah.
Katanya ketika serbuan dilakukan lima suspek terlibat baru sahaja selesai memproses dan membungkus dadah itu untuk diedar di pasaran tempatan.
"Siasatan mendapati rumah itu dijadikan makmal dadah sejak enam bulan lepas dan salah seorang suspek yang dipercayai ketua kumpulan sindiket berkenaan memiliki rekod jenayah berkaitan dadah," katanya pada sidang media hari ini.
Helmi berkata pihaknya turut menyita tiga kenderaan pelbagai jenama digunakan sindiket terbabit untuk mengedarkan dadah berkenaan.
Katanya kesemua suspek direman tujuh hari sehingga 3 Dis ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Bernama
Sun Nov 29 2015
Ketika serbuan, lima suspek baru sahaja selesai memproses dan membungkus dadah untuk diedar di pasaran tempatan. -Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Polis rampas syabu dan ekstasi bernilai RM2.6 juta, tahan penganggur
Polis menahan seorang lelaki dan merampas 50 kilogram (kg) syabu serta enam kg pil ekstasi bernilai RM2.6 juta dalam serbuan di Sabak Bernam, Khamis lepas.
Pemandu Myvi ditahan kerana acu pistol di kepala penunggang motosikal
Suspek cuba melarikan diri dengan kenderaannya namun berjaya ditangkap oleh mangsa berusia 24 tahun dengan bantuan orang awam dalam kejadian 12.15 tengah malam itu.
Ketua sindiket, suami isteri ditahan edar ganja
Sebanyak 13.5 kilogram dadah ganja bernilai RM33,813 dirampas polis Pulau Pinang daripada suspek.
Lelaki campak 800 pil kuda dalam cubaan melarikan diri
Lelaki berusia 23 tahun itu bagaimanapun berjaya ditahan dalam serbuan pada jam 6 petang.
Proses pelbagai jenis dadah: Lima wanita, 10 lelaki ditahan
Lima wanita antara 15 warga tempatan yang ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam aktiviti menjual dan memproses pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai lebih RM300,000 di sekitar ibu kota.
Edar dadah: Dua sahabat bakal ke tali gantung
Kedua-dua sahabat itu hanya mengangguk faham selepas kertas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Kamaliza Md Zain.
Polis kejar suspek, macam dalam filem pula!
Sebelum diberkas pihak polis terpaksa mengejar mereka sejauh lapan kilometer di Bandar Baru Kerteh, Kemaman.
Sindiket dadah berselindung di sebalik bungkusan jus diserbu polis
'Jus Tang Orange', 'Joker', 'Jus Crispy Fruit Guana', 'Jus Superman' dan 'Jus Superman Bizarro' antara label bungkusan dadah yang dihantar kepada penagih.
Polis tahan tiga suspek dalang jual pil kuda di Gua Musang
Tiga lelaki dipercayai dalang aktiviti penjualan pil kuda di Gua Musang, Kelantan ditahan pada Selasa lalu.
45 individu ditahan terlibat dadah sekitar ibu kota
Babitkan kawasan Chow Kit, Tiong Nam, Bukit Bintang, Pudu dan San Peng.