PADANG TERAP:Cubaan sindiket menyeludup masuk dadah jenis heroin seberat 100 kilogram dianggarkan bernilai lebih RM10 juta menggunakan laluan haram di sempadan Malaysia-Thailand di Kedah digagalkan polis.
Sumber berkata, polis menahan dua lelaki Thailand berusia dalam lingkungan 30-an di kawasan Padang Sanai di sini, kira-kira jam 8 malam Rabu.
"Suspek dipercayai bertindak sebagai transporter atau penghantar dadah berkenaan untuk pasaran negara ini," katanya di sini, pada Khamis.
Katanya, kedua-dua suspek ditahan ketika menaiki sebuah kereta yang membawa muatan dadah itu.
Beliau berkata, kejayaan operasi berkenaan adalah hasil maklumat dan risikan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan JSJ Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah serta Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap.
Kedua-dua suspek kini direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Difahamkan, satu sidang media khas berkaitan kejayaan tangkapan terbesar dadah ini akan diadakan di IPD Padang Terap, esok.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini memperketatkan kawalan keselamatan di sempadan termasuk membanteras aktiviti penyeludupan dadah susulan insiden berbalas tembakan mengorbankan seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan mencederakan rakanny, pada Selasa.
BACA: Serangan penyeludup di sempadan: PDRM atur gerak aset, anggota ke sempadan - KPN
BACA: Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador, dilaporkan berkata, kenderaan perisai tambahan dan anggota daripada JSJ dan JSJN Bukit Aman akan digerakkan mulai Khamis ke sempadan Malaysia-Thailand bagi mengukuh kawalan sempadan.
Ini berikutan insiden kedua serangan penyeludup terhadap anggota PGA yang bertugas di sempadan negara pada petang Rabu, selepas serangan pertama sehari sebelum itu.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Nov 26 2020

Kedua-dua suspek kini direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Dadah | Dua sepupu dicekup cuba seludup dadah waktu PKP
Tindakan sindiket pengedaran dadah cuba menyeludup masuk bahan terlarang itu melalui ‘laluan tikus’ ke negeri Melaka dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tumpas selepas pihak polis berjaya merampas lebih 15 kilogram dadah dipercayai jenis syabu bernilai 2.4 juta ringgit. Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, ia susulan penahanan seorang lelaki berusia 39 tahun pada Khamis lalu yang membawa kepada penemuan sebuah beg pakaian berisi 15 ketulan mampat dadah berkenaan, di tepi jalan sekitar Tanjung Kling.

Perhimpunan Agung UMNO | Ditangguhkan pada satu tarikh baru
Mengikut perancangan asal, Perhimpunan Agung UMNO dijadualkan berlangsung pada 30 dan 31 Januari ini.

Minyak Masak | peningkatan harga sekitar 15 hingga 20 peratus
Tinjauan Astro AWANI di beberapa pasar raya di Johor mendapati berlaku peningkatan harga minyak masak botol lima kilogram antara 15 hingga 20 peratus sehingga ada yang mencecah RM27.

Larang Rentas Negeri | Laluan tikus di sempadan dua negeri digempur
Sepanjang dua jam wakil Astro AWANI Kelantan, Muhafandi Muhamad berada di Kg Golok, Pasir Puteh, Kelantan. Ini adalah jalan tikus untuk merentas ke Besut Terengganu. Sepanjang membuat tinjauan, didapati berlaku aktiviti rentas negeri dengan mudah sekali walaupun ketika Perintah Kawalan Pergerakan PKP 2.0 dilaksanakan di Kelantan. Itu antara situasi sebelum kehadiran polis ke kawasan berkenaan apabila, polis dari Pasukan Task Force IPD Pasir Puteh, tiba, tangkapan dan kompaun dilaksanakan kepada mereka yang ingkar. Untuk mengetahui perinciannya, terus bersama Muhafandi di lokasi.

Banjir | Beberapa daerah di Sabah dilanda banjir
Sabah masih mencatatkan peningkatan jumlah mangsa banjir, manakala keadaan di Pahang dan Sarawak kian pulih apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) semakin berkurangan. Untuk mengetahui perkembangan banjir di Sabah, kita bersama wakil Astro AWANI Sabah, Ruzaini Zulkepli.

Perhimpunan Agung UMNO ditangguh, pemilihan parti diteruskan
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tarikh baharu Perhimpunan Agung UMNO akan ditentukan kemudian.

Lebih 500 individu daftar sebagai sukarelawan vaksinasi fasa percubaan di HUS
Lebih daripada 500 sukarelawan telah mendaftar untuk mengambil bahagian dalam percubaan vaksin COVID-19 di Sarawak.

Rasuah bekas Presiden Korea Selatan, pewaris Samsung Group dihukum penjara
Pewaris syarikat gergasi teknologi, Samsung Group (Samsung), Lee Jae-yong dihukum penjara dua setengah tahun kerana didapati bersalah merasuah bekas Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye pada 2015.

Larang Rentas Negeri | Tinjauan Lorong tikus di Pasir Puteh
Sepanjang dua jam wakil Astro AWANI Kelantan, Muhafandi Muhamad berada di Kg Golok, Pasir Puteh, Kelantan. Sepanjang membuat tinjauan, didapati berlaku aktiviti rentas negeri dengan mudah sekali walaupun ketika Perintah Kawalan Pergerakan PKP 2.0 dilaksanakan di Kelantan.

Banjir | Terengganu dijangka tidak berdepan gelombang keenam
Kolonel (PA) Che Adam A Rahman memaklumkan Terengganu ketika ini dalam tempoh 'bertenang' dan dijangka tidak akan berdepan gelombang banjir keenam.

Bekalan elektrik di dua daerah di sempadan Sarawak pulih
Bekalan elektrik ke daerah Bau selain Semantan, bandar Lundu dan Telol Melano di daerah Lundu, berjaya dipulihkan pada 6.37 pagi tadi.

Tanah runtuh: Dua daerah di sempadan Sarawak bergelap
Dua daerah di bahagian selatan Sarawak berhampiran sempadan Malaysia-Indonesia terpaksa bergelap selepas dua kejadian tanah runtuh yang mengakibatkan bekalan elektrik terputus di kawasan berkenaan.

PGA rampas barangan seludup bernilai RM4.2 juta
Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 berjaya merampas pelbagai barangan seludup bernilai RM4.2 juta di sempadan Malaysia-Thailand dalam tempoh 29 hari penugasan.

COVID-19: Arab Saudi buka semula sempadan mulai 31 Mac
Semua larangan penerbangan antarabangsa akan turut ditarik balik pada tarikh yang sama.

Krisis Teluk: Arab Saudi buka semula sempadan dengan Qatar
Negara-negara teluk dipercayai mahu mewujudkan hubungan lebih mesra ketika era Presiden Joe Biden.

Saham Sime Darby Plantation susut 2.13 peratus berikutan sekatan oleh AS
Sehingga 9.56 pagi, Sime Darby Plantation susut 11 sen kepada RM5.06, dengan 70,400 saham diniagakan.

Import hidupan liar diharamkan di Sarawak - SFC
Langkah itu bertujuan melindungi spesies hidupan liar berasal dari Sarawak dari ancaman.

CBP Amerika Syarikat kenakan larangan produk sawit Sime Darby
CBP AS mengenakan sekatan terhadap minyak sawit dan produk lain yang dikeluarkan Sime Darby Plantation Bhd.

Pengusaha pelancongan di Langkawi perlu kreatif tarik pelancong luar musim
Inisiatif seperti menawarkan pakej pelancongan pada kadar harga lebih rendah kepada pelancong tempatan boleh dibanyakkan, memandangkan sempadan negara masih ditutup akibat pandemik COVID-19.

Indonesia sekat kemasukan semua warga asing dari 1 hingga 14 Jan
Bagi warga asing yang tiba ke Indonesia dalam tempoh Isnin (28 Dis) sehingga Khamis pula, mereka diwajibkan memiliki surat ujian swab dari negara asal.