MACHANG: Polis Kelantan membuka tujuh kertas siasatan berkaitan kesalahan tatatertib melibatkan pegawai dan anggota polis pada bulan Februari.
Ketua Polis negeri Datuk Muhamad Zaki Harun berkata kertas siasatan itu, antaranya terdiri daripada kes khalwat, banduan lolos, kesilapan kerani bertugas dan rogol.
Bercakap dalam sidang media majlis serah terima tugas ketua polis Daerah Machang di Ibu Pejabat Polis Daerah Machang (IPD) di sini, beliau berkata polis Kelantan akan memastikan kesalahan sama itu berulang.
"Saya sendiri akan turun ke lapangan bagi melihat pegawai dan anggota polis yang bertugas. Selain itu, saya juga akan meneliti daripada segi tugasan dan kaedah serbuan yang dilakukan, sama ada menepati kehendak pucuk pimpinan atau sebaliknya," katanya.
Muhamad Zaki berkata mana-mana pegawai atau anggota polis yang terlibat, akan dikenakan tindakan tatatertib termasuk ditahan kerja.
"Kita kena menilai jenis kesalahan apa yang dilakukan mereka itu sebelum tindakan diambil terus. Saya percaya setiap perkara yang berlaku akan menimbulkan tohmahan masyarakat ke atas badan beruniform," katanya.
Sementara itu mengulas mengenai tindakan polis Kelantan yang sedang mengesan seorang suspek lelaki bergelar 'Datuk' yang terlibat salam kes ugutan jenayah dan pukul, Muhamad Zaki berharap individu berkenaan dapat menghadirkan diri ke mana-mana balai polis berdekatan untuk memberikan kerjasama.
"Sekiranya individu berkenaan gagal memberikan kerjasama, siasatan sukar dijalankan. Kita memang ada terima laporan polis mengenai kes itu, tetapi setiap maklumat daripada pengadu polis tidak boleh terima bulat-bulat (secara terus)," katanya.
Sebelum ini, polis Kelantan mengeluarkan senarai empat lelaki yang dikehendaki bersabit beberapa kesalahan jenayah yang dilakukan di daerah Kota Bharu.
Empat lelaki itu dikenali sebagai Mohd Fared Abdul Ghani, 56, Mohd Izani Ibrahim, 42, Mohd Haziman Hikamarhakimi, 37, dan Wan Sharilazry Wan Mohd Sukry, 35.
Terdahulu, Pemangku Ketua Polis Daerah Machang DSP Mahadi Nazam menyerahkan jawatan itu kepada Supt Ahmad Shafiki Hussin yang dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Machang yang baharu berkuat kuasa hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 05 2024
Datuk Muhamad Zaki Harun berkata kertas siasatan itu, antaranya terdiri daripada kes khalwat, banduan lolos, kesilapan kerani bertugas dan rogol.
JKDM rampas minuman keras, rokok seludup bernilai lebih RM500,000
JKDM berjaya mematahkan cubaan menyeludup rokok dan minuman keras pelbagai jenama bernilai lebih RM500,000 di Johor.
Ejen insurans didakwa rompak lelaki sehingga cedera
Seorang ejen insurans mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan dan menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki.
Keluarga tular bawa bayi naik motosikal ke hospital dapat perhatian PM
Gambar sebuah keluarga yang tular memaparkan ibu menggendong bayinya yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan mendapat perhatian Perdana Menteri.
Pasangan kekasih buang bayi direman tiga hari
Mahkamah Majistret Kemaman membenarkan reman tiga hari terhadap seorang wanita yang disyaki membuang bayi lelakinya berusia seminggu.
Piala Dunia ISTAF: Skuad doubles teruskan kemaraan ke separuh akhir
Skuad doubles negara berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia ISTAF selepas mengatasi Korea 2-1 dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian - Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka sedang menunggu garis panduan berkaitan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.
[TERKINI] Keadaan Koperal Hasif stabil, masih dirawat di HSI
Anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, di Johor Bahru.
BMW Malaysia catat pertumbuhan jualan 8 peratus pada suku pertama, kenaikan 26 peratus jualan EV
BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,600.
Tangguh ke Thailand jika tiada urusan penting - Polis Kelantan
Beliau berkata, jika tidak mempunyai pilihan mereka yang ingin ke negara berkenaan diingatkan agar sentiasa berhati-hati.
Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, awal pagi tadi.
90 kes jenayah seksual direkod di Kelantan dalam tempoh empat bulan
Polis Kelantan merekodkan 90 kes jenayah seksual di negeri itu dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.
Lima ditahan seludup beras, pelbagai jenis dadah
Polis menahan lima penyeludup warga tempatan kerana disyaki menyeludup 50 kampit beras dari negara jiran dalam operasi kontraban di Kelantan.
Lelaki bergelar 'Datuk' dikehendaki polis ditahan, direman di Kelantan
Ia berkaitan dengan kes ugutan dan mencederakan mangsa di Kota Bharu, baru-baru ini.
Dua wanita ditahan seludup pil yaba bernilai lebih RM120,000
Kedua-dua suspek ditahan di dalam sebuah kereta Perodua Myvi di tepi jalan Kampung Sering, Kota Bharu, Isnin lepas.
Peniaga jadi mangsa 'phone scam', rugi RM692,500
Seorang peniaga berputih mata selepas mengalami kerugian berjumlah RM692,500 akibat terperdaya dengan sindiket penipuan 'phone scam'.
Polis Kelantan tidak kompromi kes pegawai disyaki rogol wanita
Polis Kelantan tidak akan berkompromi terhadap kes seorang pegawai penyiasat berpangkat Inspektor selepas disyaki merogol seorang wanita yang membuat laporan di pejabat suspek.
Polis Kelantan rampas 16 pucuk pistol sepanjang tempoh Januari-November 2023
Polis Kelantan telah merampas sejumlah 16 pucuk pistol pelbagai jenis sepanjang Januari hingga November tahun ini, yang menyaksikan peningkatan berbanding sembilan bagi tempoh sama pada 2022.
Polis tahan 30 pelajar terlibat kesalahan dadah di Kelantan
Polis Kelantan menahan 30 pelajar kerana terlibat dengan pelbagai kesalahan dadah dalam tempoh Januari hingga Oktober tahun ini.