awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Kelantan catat rampasan kontraban RM171 juta, meningkat 78 peratus

Bernama
Bernama
17/07/2025
02:50 MYT
Polis Kelantan catat rampasan kontraban RM171 juta, meningkat 78 peratus
Datuk Mohd Yusoff Mamat, Ketua Polis Kelantan. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Polis Kelantan merekodkan nilai rampasan kontraban sebanyak 171.5 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, meningkat hampir 78 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata nilai rampasan hanya RM37.2 juta bagi tempoh Januari hingga Jun tahun lepas.
Beliau berkata pencapaian itu sangat membanggakan dan bukti keberkesanan strategi operasi bersepadu khususnya selepas penutupan sempadan bermula Disember 2024.
"Kejayaan ini turut menggambarkan kesan positif hasil kerjasama strategik antara pelbagai agensi penguatkuasaan peringkat negeri dan Persekutuan.
"Sinergi yang terbentuk telah diolah secara optimum dan memberi kesan nyata terhadap kawalan keselamatan negeri," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Peringkat Kontinjen Kelantan bagi bulan Julai 2025 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.
Mohd Yusoff menegaskan kejayaan besar ini tidak hadir secara kebetulan tetapi hasil usaha terancang, pengorbanan dan perancangan teliti seluruh pasukan.
Beliau menyeru supaya kerjasama rentas agensi terus diperkukuh, bukan sahaja untuk mengekalkan pencapaian semasa, malah sebagai pemangkin kepada usaha lebih agresif membanteras penyeludupan di sempadan.
"Matlamat kita bukan semata-mata meningkatkan statistik rampasan tetapi melindungi kedaulatan, keselamatan dan kesejahteraan masyarakat Kelantan secara menyeluruh," katanya.
Mohd Yusoff turut menekankan keperluan mendesak penggunaan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan kecekapan penguatkuasaan.
Selain itu, aspek disiplin dan integriti anggota pasukan turut ditekankan sebagai tunjang kepada keyakinan rakyat terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Amanah yang kita pikul ini bukan sekadar omongan kosong tetapi lambang tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Polis Kelantan
#kontraban
#rampasan
#kerjasama rentas agensi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan