awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenaikan 300 peratus peruntukan Jalan Persekutuan bukti komitmen Kerajaan MADANI - Nanta
Sinergi kerajaan, industri pastikan keperluan Ramadan kekal mampu milik - Ahmad Zahid
Polis serbu rumah penampungan, tahan 22 pendatang tanpa izin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Kelantan mohon helikopter persediaan hadapi Monsun Timur Laut

Bernama
Bernama
25/09/2024
14:54 MYT
Polis Kelantan mohon helikopter persediaan hadapi Monsun Timur Laut
Mohd Ali Tamby berkata helikopter berkenaan, diperlukan untuk tugas-tugas menyelamat dan menghantar bantuan bukan sahaja di Kelantan, tetapi juga di Terengganu dan Pahang. - Gambar Bernama
KOTA BHARU: Polis Kelantan memohon agar sebuah helikopter ditempatkan di negeri ini sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL), dijangka bermula tidak lama lagi.
Pemangku Ketua Polis Kelantan DCP Mohd Ali Tamby berkata helikopter berkenaan, diperlukan untuk tugas-tugas menyelamat dan menghantar bantuan bukan sahaja di Kelantan, tetapi juga di Terengganu dan Pahang.
Beliau berkata polis juga telah menyediakan aset lain seperti 102 pacuan empat roda, bot kecil (46), lori (41) dan 21 van.
"Selain itu, lebih 1,000 anggota polis Kelantan bersedia menghadapi MTL, dan tugas mereka akan ditetapkan di kawasan berisiko terutama di Pasir Mas yang sering berhadapan limpahan air Sungai Golok, Thailand.
"Setiap pegawai dan anggota polis yang ditugaskan semasa banjir akan fokus kepada tugasan seperti memantau rumah-rumah atau harta benda yang ditinggalkan mangsa ketika dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS)," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.
Mohd Ali berkata polis juga akan sentiasa berhubung dengan kesemua agensi yang terlibat bagi melancarkan segala gerak kerja pengoperasian.
"Kita juga menghadiri beberapa mesyuarat yang diadakan oleh Pusat Bencana Negeri dan yakin musim banjir kali ini dapat ditangani dengan lebih baik," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia Airlines
#Monsun Tiimur Laut
#Polis Kelantan
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan