KUALA LUMPUR: Polis pada Selasa mengeluarkan satu lakaran wajah dan beberapa imej gambar empat suspek yang disyaki terbabit dalam rompakan di sebuah kedai emas di Kepong, di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata lakaran wajah salah seorang daripada empat suspek itu berdasarkan keterangan saksi manakala beberapa gambar suspek dan motosikal yang digunakan diambil daripada kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan.
Beliau berkata dua motosikal yang digunakan dalam rompakan tersebut dikenal pasti jenis Yamaha Y150ZR berwarna hitam dan firus dengan menggunakan nombor plat pendaftaran palsu.
"Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan suspek boleh menyalurkan maklumat berkenaan ke Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Sentul di talian 03-40482206 dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan semalam.
Dalam kejadian tersebut suspek yang memakai topeng muka dan bertopi keledar, serta bersenjatakan tukul dan kapak telah memecahkan almari pameran dan melarikan sejumlah barang kemas berupa rantai leher serta gelang tangan bernilai kira-kira RM50,000.
Dalam perkembangan lain, polis sedang mengesan lapan lelaki tempatan disyaki terlibat dalam pergaduhan di tempat letak kereta Rumah Pangsa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Setapak Jaya, di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata pergaduhan berkenaan dipercayai berlaku pada kira-kira jam 7 pagi yang kemudian dirakam oleh penduduk kejiranan di situ dan ditularkan di media sosial.
"Dalam video berkenaan, enam lelaki tempatan bersenjatakan kunci padlock, topi keledar dan pisau memukul dua lelaki tempatan yang lain di tempat kejadian dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ashari meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes itu agar menghubungi Pegawai Penyiasat Kes Insp Emilia Jamil (016-2479017), Pegawai Penyiasat Kanan ASP S. Gopal (012-5120242) atau talian hotline Polis Kuala Lumpur 03-2115 9999, Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di talian 03-9289 9222 atau mana-mana balai polis terdekat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 24 2021
Polis pada Selasa mengeluarkan satu lakaran wajah dan beberapa imej gambar empat suspek yang disyaki terbabit dalam rompakan di sebuah kedai emas di Kepong, di sini, kelmarin. -PDRM
Geran RM149.1 juta telah diberikan kepada PKS galakkan adaptasi teknologi baharu - Menteri MITI
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah memberikan geran berjumlah RM149.1 juta kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk tujuan adaptasi teknologi industri baharu. Jelasnya, ini sekaligus menafikan dakwaan yang menyatakan pihak Kementerian hanya memberi tumpuan kepada syarikat korporat besar dan mengabaikan PKS.
81 peratus kes dilaporkan kepada IMFC selesai, percepat realisasi pelaburan - Menteri MITI
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata 81 peratus daripada 464 kes yang dilaporkan kepada Pusat Memudah Cara Pelaburan Malaysia (IMFC) telah diselesaikan dan berjaya mempercepat proses realisasi pelaburan-pelaburan yang diumumkan. Jelasnya, angka ini sangat membanggakan bagi sebuah agensi yang baru ditubuhkan sejak Januari lalu.
Malaysia sasar 22.6 peratus KDNK disumbangkan ekonomi digital menjelang 2025 - Menteri MITI
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) meletakkan sasaran untuk mengembangkan ekonomi digital kepada 22.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia menjelang 2025. Jelasnya, ini merupakan sebahagian daripada strategi kementerian untuk memperkasakan sektor ekonomi selain daripada elektrik dan elektronik (E&E).
Pastikan sistem penilaian prestasi adil, tidak digunakan Ketua Jabatan untuk balas dendam - Pakar
Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Aminuddin Awang berkata Kerajaan perlu memastikan sistem penilaian prestasi yang sedang dan akan digunakan adalah adil dalam menilai sumbangan penjawat awam. Jelasnya, tidak wajar sistem yang membolehkan mana-mana Ketua Jabatan memangsakan pekerja bawahan dikuatkuasakan tanpa penyesuaian yang perlu.
JPA perlu beri fleksibiliti kepada jabatan, agensi nilai prestasi penjawat awam sesuai gaji diberikan - Pakar
Ketua Pegawai Eksekutif MTalent Training & Consultancy, Datuk Dr. Musa Ali berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu memberi fleksibiliti kepada jabatan-jabatan dan agensi-agensi Kerajaan di semua peringkat untuk menilai prestasi penjawat awam. Jelasnya, ini bagi memastikan penilaian tersebut mencerminkan sumbangan penjawat awam sesuai dengan pelaburan dan gaji yang diperuntukan untuk badan-badan yang berbeza berkenaan.
GRS selesa kerjasama dengan PH Sabah
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan memperkukuhkan lagi kerjasama sedia ada dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah terutama dalam usaha memajukan negeri ini dan menyatupadukan rakyat.
PM ucap takziah kepada keluarga Hail Amir
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga penyanyi dan pelakon veteran Datuk Hail Amir yang meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur hari ini.
Tambahan 10 lagi kontena Misi Bantuan Kemanusiaan Kecemasan Malaysia ke Gaza
Penambahan 10 lagi kontena bagi Misi Bantuan Kemanusiaan Kecemasan Malaysia kre Gaza menjadikan keseluruhan 110 kontena akan dihantar ke wilayah tersebut.
[INFOGRAFIK] Keseimbangan kehidupan bekerja
[INFOGRAFIK] Keseimbangan kehidupan bekerja
Pusat perubahan Madinah sedia perkhidmatan terbaik
Pusat Perubatan Madinah yang mula beroperasi hari ini dengan dilengkapi pelbagai kemudahan bersedia memberi rawatan kepada jemaah yang mungkin diuji dengan masalah kesihatan sepanjang operasi musim haji tahun ini. Editor Astro AWANI, Dr Azlinariah Abdullah membawakan laporan dari Madinah.
Polis keluarkan lakaran wajah suspek rompakan kedai emas di Kepong
Lakaran wajah satu daripada empat suspek itu berdasarkan keterangan saksi manakala beberapa gambar suspek dan motosikal yang digunakan diambil daripada CCTV premis.