awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan petrol luar biasa di sempadan disyaki berlaku penyelewengan - KPDN
Tiada kes bunuh, samun senjata api di Terengganu dua tahun berturut-turut
Lelaki disyaki mabuk cetus kekecohan dalam kedai serbaneka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM ucap takziah kepada keluarga Hail Amir

Bernama
Bernama
06/05/2024
12:30 MYT
PM ucap takziah kepada keluarga Hail Amir
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga penyanyi dan pelakon veteran Datuk Hail Amir yang meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur hari ini.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga penyanyi dan pelakon veteran Datuk Hail Amir yang meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur hari ini.
Menerusi hantaran di laman Facebook, Anwar turut mendoakan supaya keluarga Allahyarham tabah menghadapi dugaan itu.
"Mendoakan roh Allahyarham diampunkan segala dosanya dan diberi tempat istimewa di sisi Yang Maha Esa, insya-Allah. Karya anak seni Pulau Pinang ini pastinya akan terus dikenang buat selamanya," kata beliau.
Terdahulu, berita pemergian Hail, 76, atau nama sebenarnya Abdul Hail Amir pada 3.43 petang disahkan oleh Presiden Persatuan Seniman Malaysia Rozaidi Abdul Jamil, yang lebih dikenali sebagai Zed Zaidi.
Allahyarham terkenal dengan lagu Seloka Hari Raya, Menunggu Nasi Minyak dan Antara Matamu dan Mataku, yang dinyanyikan secara duet bersama Uji Rashid.
Bakat Hail dalam bidang seni suara dikesan oleh komposer terkenal Ahmad Nawab sehingga lahirnya lagu popular Wajah Kesayangan Hamba manakala antara filem lakonan beliau ialah Menanti Hari Esok, Ribut Barat dan Anita Dunia Ajaib.
Bapa kepada empat cahaya mata itu menerima darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk pada 2022 daripada Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#ucap takziah
#Hail Amir
#pelakon veteran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan