awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kenal pasti 'port pelacuran panas' di ibu kota

Sinar Harian
Sinar Harian
27/06/2024
07:30 MYT
Polis kenal pasti 'port pelacuran panas' di ibu kota
Polis Kuala Lumpur mengenal pasti empat lokasi dijadikan sarang pelacuran di Kuala Lumpur yang menawarkan khidmat seks pada harga murah kepada pelanggan.- Gambar hiasan/JIM
KUALA LUMPUR: Empat lokasi panas yang menjadi tumpuan aktiviti pelacuran dan persundalan di sekitar ibu kota Kuala Lumpur kini berada dalam radar sasaran utama pihak polis.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya mengenal pasti empat lokasi dijadikan sarang pelacuran di Kuala Lumpur yang menawarkan khidmat seks pada harga murah kepada pelanggan.
Beliau berkata, lokasi panas yang dikesan itu adalah di Jalan Petaling, Jalan Gelang, Jalan Pudu dan sekitar sebuah hotel di Pudu.
"Memang hasrat kita pihak polis untuk menghapuskan tempat pelacuran dan saya tidak mahu lagi melihat aktiviti pelacuran yang berlaku di tepi jalan.
"Disebabkan aktiviti jelik seumpama ini, ramai orang yang mahu berhenti semata-mata mahu melihat golongan ini berpeleseran di tepi jalan.
"Untuk itu, pihak polis akan mengambil tindakan secara berterusan bukan sahaja di lokasi berkenaan malah di lokasi lain yang telah dikenal pasti," katanya dalam sidang akhbar pada Khamis.
Mengulas lanjut, Rusdi berkata, sebanyak 409 serbuan telah dijalankan bagi membanteras aktiviti pelacuran di enam daerah di sekitar ibu kota bermula 1 Januari hingga 23 Jun lalu.
Jelasnya, daripada jumlah itu, sebanyak 1,691 individu sudah ditahan dan mereka terdiri daripada pelbagai warganegara yang disyaki menjalankan aktiviti penyundalan.
Menurut beliau, sebanyak 86.06 peratus daripada serbuan yang dibuat berjaya dituduh di mahkamah.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian

Topic Berkaitan
#port pelacuran panas
#Polis Kuala Lumpur
#persudalan
#dalam radar polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan