awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kerah 120 anggota buru tahanan yang lolos

Bernama
Bernama
08/01/2013
02:21 MYT
Polis kerah 120 anggota buru tahanan yang lolos
Polis Pulau Pinang mengerahkan 120 anggotanya bagi memburu tujuh tahanan yang meloloskan diri selepas merampas van polis di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth dekat sini semalam.
Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata gerakan memburu penjenayah terbabit turut dibantu Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Unit Udara Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman.
"Kita yakin banduan berkenaan masih berada di sekitar Tasek Gelugor dan polis telah membuat sekatan jalan raya di seluruh kawasan itu," katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Li Tek A di sini hari ini.
Beliau berkata polis juga masih menyiasat bagaimana tahanan terbabit mendapat serbuk kari yang dilempar pada muka anggota polis pengiring sebelum mereka melarikan diri.
Katanya orang ramai yang ternampak kelibat lelaki dalam keadaan mencurigakan diminta menghubungi mana-mana balai polis berdekatan dengan segera kerana kumpulan penjenayah yang melarikan diri itu adalah sangat berbahaya dan agresif.
Pada kejadian pukul 9 pagi semalam, sembilan tahanan dari Penjara Pulau Pinang meloloskan diri ketika dalam perjalanan ke Mahkamah Butterworth dengan sebuah van polis.
Banduan itu dikatakan berpura-pura bergaduh sesama sendiri menyebabkan polis terpaksa memberhentikan van di tepi jalan sebelum mereka melempar serbuk cili kepada polis berkenaan dan merampas kenderaan itu.
Polis bagaimanapun berjaya memberkas dua daripada tahanan terbabit setelah menemui semula van di Kampung Padang Chempedak di Tasek Gelugor dekat sini.
Topic Berkaitan
#lolos dari tahanan
#polis
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan