awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan ahli bersekutu sebuah pertubuhan guna Datuk palsu

Bernama
Bernama
30/08/2024
12:24 MYT
Polis kesan ahli bersekutu sebuah pertubuhan guna Datuk palsu
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata siasatan itu dilakukan susulan laporan yang dibuat oleh pertubuhan itu berkenaan seorang ahli bersekutunya menggunakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk. - BERNAMA
KUANTAN: Polis sedang berusaha mengesan seorang ahli bersekutu sebuah pertubuhan kerana dipercayai menggunakan gelaran Datuk palsu dari negeri Pahang.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata siasatan itu dilakukan susulan laporan yang dibuat oleh pertubuhan itu berkenaan seorang ahli bersekutunya menggunakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.
"Beberapa dokumen telah dirampas dan polis masih meneruskan siasatan untuk mengesan dan menangkap suspek.
"Suspek boleh dituduh di bawah Seksyen 3(1)(a) Enakmen 18, Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pahang 2017 kerana menggunakan gelaran tidak wajar bagi tujuan tertentu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh didenda tidak kurang daripada RM200,000 dan tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Polis Pahang
#kesan ahli bersekutu
#datuk palsu
#negeri Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan