awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan dua lelaki sembur alat pemadam api samun kedai runcit

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
28/01/2024
08:30 MYT
Polis kesan dua lelaki sembur alat pemadam api samun kedai runcit
Perbuatan suspek masing-masing memakai 'hoodie' berwarna hitam berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di dalam premis terbabit. - Foto PDRM
YAN: Polis sedang mengesan dua lelaki yang menggunakan alat pemadam api ketika melakukan jenayah samun di sebuah kedai runcit di Taman Desa Aman, Guar Chempedak di sini.
Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintenden Shahnaz Akhtar Haji berkata, kejadian samun itu berlaku pada jam 7.25 malam Khamis lalu.
Beliau berkata, perbuatan suspek masing-masing memakai 'hoodie' berwarna hitam berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di dalam premis terbabit.
Polis kesan dua lelaki sembur alat pemadam api samun kedai runcit
“Dua lelaki itu dipercayai masuk ke dalam kedai berkenaan sebelum bertindak menyembur alat pemadam api sebelum salah seorang suspek bertindak melarikan mesin tunai.
“Berdasarkan video yang berdurasi 30 saat itu kelihatan penjaga kaunter iaitu seorang wanita di kedai itu dilihat terduduk bagi mengelak terkena semburan alat pemadam api.
"Pekerja terbabit juga cuba menghalang suspek daripada merampas mesin tunai di atas kaunter namun gagal,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Pekerja terbabit juga cuba menghalang suspek daripada merampas mesin tunai di atas kaunter namun gagal. - Foto PDRM
Pekerja terbabit juga cuba menghalang suspek daripada merampas mesin tunai di atas kaunter namun gagal. - Foto PDRM
Shahnaz berkata, dalam kejadian itu, kedua-dua suspek kemudian berjaya melarikan diri sejurus selepas itu.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek sedang dilakukan.
Topic Berkaitan
#samun
#sembur pemadam api
#polis Yan
#kedai runcit
#CCTV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan