awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan Farid Afizi bantu siasatan kes pukul

Bernama
Bernama
05/05/2023
14:33 MYT
Polis kesan Farid Afizi bantu siasatan kes pukul
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata lelaki itu ialah Farid Afizi Jaafar, 42, beralamat terakhir di 304, Blok 1, Flat Sri Labuan, Bandar Tun Razak, Cheras. - Gambar fail/Sinar Harian
Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berkaitan kes memukul seorang individu sehingga cedera parah di Jalan Budiman, Cheras, 20 April lepas.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata lelaki itu ialah Farid Afizi Jaafar, 42, beralamat terakhir di 304, Blok 1, Flat Sri Labuan, Bandar Tun Razak, Cheras.
Beliau berkata pada pukul 10.15 malam, 20 April lepas Pegawai Perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz, di sini telah menerima seorang lelaki berusia 32 tahun dalam keadaan tidak sedarkan diri.
"Mangsa mengalami pendarahan di bahagian otak, tengkorak kepala retak di bahagian belakang dan tulang leher patah serta masih menerima rawatan di hospital," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Zam Halim video kejadian itu yang berlaku di tepi Jalan Budiman, Cheras, tular menerusi laman sosial pagi tadi.
Beliau sehubungan itu, meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Farid Afizi supaya menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051 atau mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Farid Afizi
#Polis Daerah Cheras
#kes pukul
#Jalan Budiman Cheras
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan