awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan individu main mercun hingga menyebabkan kecederaan

Bernama
Bernama
08/04/2023
20:30 MYT
Polis kesan individu main mercun hingga menyebabkan kecederaan
Usaha mengesan suspek masih diteruskan, polis minta orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian tampil membantu siasatan. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan individu yang disyaki bermain mercun hingga menyebabkan dua mangsa cedera dalam kejadian di Kampung Changkat, Gombak, di sini pada 31 Mac lepas.
Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak Supt Noor Ariffin Mohamad berkata pihaknya mengesan rakaman video kejadian berkenaan yang tular sejak Jumaat memaparkan sekumpulan individu bermain mercun dengan menghalakan ke sebuah rumah.
"Hasil siasatan mendapati kejadian tersebut berlaku pada 12.05 tengah malam pada 31 Mac lepas menyebabkan seorang lelaki dan wanita masing-masing berusia 19 dan 24 tahun cedera di paha dan telinga," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Katanya usaha mengesan suspek masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 435/324 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Insp Nur Atikah Adnan di talian 018-3648044 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#main mercun
#polis
#cedera
#Kampung Changkat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan