awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi

Polis kesan lelaki bantu siasatan kes kamera tersembunyi inap desa

Bernama
Bernama
11/02/2024
06:53 MYT
Polis kesan lelaki bantu siasatan kes kamera tersembunyi inap desa
Razlam berkata kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang. - Gambar fail/Bernama
GEORGE TOWN: Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung dakwaan oleh seorang wanita diintip menerusi kamera tersembunyi di dalam bilik air ketika menginap di sebuah inap desa di Jelutong, di sini baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Razlam Ab Hamid berkata berdasarkan siasatan, polis mendapati lelaki tempatan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.
Beliau berkata setakat ini polis telah merekodkan keterangan empat individu termasuk pengadu dan pengurus rumah inap desa terbabit bagi membantu siasatan kes.
"Berdasarkan siasatan dan keterangan yang direkod setakat ini, polis sedang mengesan seorang lelaki dan dia dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian kamera tersembunyi dalam bilik air tersebut.
"Pemeriksaan pihak polis mendapati pautan yang terdapat di kamera itu menghubungkan dengan telefon bimbit lelaki berkenaan dan sebab itu kita kesan dia untuk membantu siasatan kes," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Razlam berkata kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang.
Semalam, polis mengesahkan menerima laporan daripada wanita tempatan berusia 24 tahun mendakwa diintip menerusi kamera yang disembunyikan di dalam bekas pewangi di bilik air, ketika sedang bercuti pada 5 hingga 6 Feb lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wanita diintip
#inap desa
#Jelutong
#kamera tersembunyi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.