awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan lelaki kes rakam gambar, video dalam tandas wanita

Sinar Harian
Sinar Harian
17/04/2024
05:15 MYT
Polis kesan lelaki kes rakam gambar, video dalam tandas wanita
Lelaki yang disyaki melakukan perbuatan mengaibkan kehormatan di tandas wanita di sebuah pusat beli belah di Kota Kinabalu. - Gambar/ Sinar Harian
KOTA KINABALU: Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan membabitkan kes merakam gambar atau mengambil video seorang wanita di tandas sebuah pusat beli-belah di sini pada Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes mengaibkan kehormatan daripada seorang pengadu pada Rabu.
"Kejadian berlaku pada 8.40 malam di mana pengadu menyedari ada individu tidak dikenali sedang memegang telefon bimbit di bawah pintu tandas dan disyaki merakam gambar atau video perbuatan pengadu.
"Susulan kejadian itu, semakan pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek merupakan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an, berbaju hitam, berseluar coklat, bermisai serta berjanggut nipis selain memakai selipar," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Sehubungan itu, Mohd Zaidi berkata, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berkenaan lelaki dalam rakaman CCTV tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Wan Azman Mat Salleh di talian 012-8260050 bagi membantu siasatan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#rakam gambar dalam tandas
#tandas wanita
#Sabah
#pusat beli-belah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan