awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan lelaki Myanmar disyaki tetak rakan senegara

Bernama
Bernama
12/01/2025
07:30 MYT
Polis kesan lelaki Myanmar disyaki tetak rakan senegara
Polis percaya berlaku perselisihan faham antara suspek dan mangsa ketika mereka sedang mabuk dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam Jumaat lalu. - Gambar hiasan
NIBONG TEBAL: Polis sedang mengesan seorang lelaki Myanmar yang dipercayai menetak rakan senegaranya sehingga cedera parah di sebuah ladang sawit di Jalan Sungai Kechil, di sini Jumaat lepas.
Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan dalam kenyataan memaklumkan siasatan mendapati berlaku perselisihan faham antara suspek dan mangsa ketika mereka sedang mabuk dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam.
"Suspek bertindak menetak mangsa menggunakan pisau dan kejadian itu disedari rakan mereka yang kemudian menghantar lelaki berkenaan ke hospital untuk rawatan lanjut.
"Susulan itu, polis menahan seorang lelaki juga warga Myanmar yang dipercayai majikan suspek bagi membantu siasatan dan usaha mengesan lelaki yang terlibat dalam insiden berkenaan kini giat dijalankan," menurut kenyataan itu hari ini.
Kenyataan itu memaklumkan mangsa yang berusia lingkungan 30-an masih menerima rawatan di hospital dengan terdapat empat kesan tetakan di badannya dan siasatan lanjut kini dilakukan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu sengaja menyebabkan cedera parah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga myanmar
#kes tetak
#kes jenayah
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan