awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan pelaburan palsu guna logo Phillip Capital

Bernama
Bernama
07/08/2023
16:09 MYT
Polis kesan pelaburan palsu guna logo Phillip Capital
Ramli berkata setakat ini pihaknya menerima satu laporan daripada mangsa yang melibatkan kerugian RM10,370 dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - Foto PDRM
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengesan kegiatan mempromosikan pelaburan saham yang dipercayai menipu dengan menggunakan logo sebuah syarikat kewangan terkemuka antarabangsa, 'Phillip Capital', menerusi aplikasi Telegram.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata sindiket itu menawarkan pakej pelaburan serendah RM500 hingga RM10,000 dengan menjanjikan keuntungan bermula RM15,000 hingga RM610,000, seawal tiga jam selepas pelaburan dibuat.
"Kita percaya penggunaan logo syarikat itu adalah bertujuan memperdayakan mangsa dan memberikan gambaran kononnya skim terbabit dikendalikan oleh syarikat berkenaan.
"Syarikat terlibat juga telah membuat laporan polis bagi menafikan penglibatan mereka dengan skim pelaburan berkenaan," katanya, dalam kenyataan , pada Isnin.
Ramli berkata setakat ini pihaknya menerima satu laporan daripada mangsa yang melibatkan kerugian RM10,370 dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Ramli turut menasihati orang ramai yang menjadi mangsa skim ini supaya tampil membuat laporan polis dan melakukan semakan terperinci sebelum menyertai sebarang skim pelaburan selain mendapatkan maklumat lanjut daripada sumber rasmi seperti Alert List Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC).
Katanya, orang ramai perlu sentiasa berwaspada dan tidak terpengaruh dengan skim pelaburan yang menawarkan keuntungan terlalu lumayan dalam masa singkat.
"Syarikat kewangan yang tulen tidak akan mempromosikan skim pelaburan mereka melalui kumpulan sembang di media sosial," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#suruhanjaya sekuriti
#Bank Negara Malaysia
#Phillip Capital
#pelaburan saham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan