awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan pemandu lori cuba rempuh orang awam

Sinar Harian
Sinar Harian
05/02/2023
22:45 MYT
Polis kesan pemandu lori cuba rempuh orang awam
Tangkap layar video orang awam memarahi tindakan pemandu lori terbabit -Foto Sinar Harian
SEREMBAN: Polis sedang mengesan seorang pemandu lori yang dipercayai cuba merempuh orang awam yang sedang minum di luar sebuah kedai makan di Taman Permai 3 di sini berdasarkan maklumat daripada sebuah video tular.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, sehingga kini tiada sebarang laporan polis diterima berhubung insiden tersebut, namun meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan supaya menghubungi pihak berkuasa.
"Hasil semakan mendapati kejadian itu berlaku di Jalan Kerapu Taman Permai 3 di sini namun tarikh dan waktu kejadian masih dalam siasatan.
"Polis dalam usaha mengenal pasti suspek dan orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.
Sebelum ini, sebuah video berdurasi 1.03 minit itu tular memaparkan suspek lelaki secara tiba-tiba mengundurkan lori dipandu secara melulu ke arah kerusi dan meja makan di situ sehingga mengejutkan beberapa pelanggan.
Tindakan lelaki terbabit telah mengundang marah orang awam yang kemudian mengarahkannya untuk beredar. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Nanda Maarof
#pemandu lori rempuh orang awam
#Jalan Kerapu Taman Permai 3
#Kedai makan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan