JOHOR BAHRU: Polis sedang mengesan pemandu kereta Proton Wira yang terlibat dalam kejadian langgar lari di Jalan Sutera Tanjung, Taman Sutera Utama, di sini, semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Supt Fariz Ammar Abdullah dalam kenyataan berkata pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan membabitkan kereta itu dengan motosikal Honda Wave yang ditunggang seorang penghantar makanan pada kira-kira 8 malam.
Beliau berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kereta itu memasuki laluan bertentangan dan melanggar motosikal tersebut yang sedang berhenti di persimpangan jalan.
"Sejurus selepas kejadian, lelaki itu telah melarikan diri dan memandu secara berbahaya dengan melawan arus.
"Akibat kejadian tersebut, penghantar makanan itu cedera ringan di belakang badannya dan sehingga kini, pemandu kereta terbabit masih belum tampil membuat laporan polis, " katanya.
Fariz Ammar berkata hasil siasatan mendapati kereta itu merupakan kenderaan curi yang telah dilaporkan hilang di kawasan Pelangi Indah di sini, Ahad lepas.
"Hasil maklumat orang awam, kita berjaya menjumpai kereta berkenaan yang ditinggalkan di tepi jalan Persiaran Scientex Utama, Senai, kira-kira pukul 10 pagi tadi.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan," katanya.
Insiden itu turut tular di media sosial menerusi video berdurasi 45 saat yang memaparkan sebuah kereta memasuki laluan bertentangan lalu melanggar penghantar makanan yang sedang berhenti di persimpangan jalan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 20 2022
Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kereta itu memasuki laluan bertentangan dan melanggar motosikal tersebut yang sedang berhenti di persimpangan jalan. - Gambar hiasan
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Polis tahan lelaki tular langgar motosikal di Kuala Kurau
Polis menahan seorang pemandu kereta lelaki yang disyaki melanggar sebuah motosikal dinaiki dua individu di Kuala Kurau dekat Kerian.
Polis tahan lelaki langgar lari pelajar dalam sekolah
Penganggur berumur 47 tahun yang ditahan itu dirujuk ke hospital Hospital Seri Manjung untuk rawatan lanjut kerana disyaki keadaan mentalnya tidak stabil.
Polis kesan pemandu kereta langgar lari penunggang motosikal di Lebuhraya SILK
Polis sedang mengesan pemandu sebuah kereta yang melanggar lari seorang penunggang motosikal di Kilometer 3.0 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) arah Balakong, semalam.
Penunggang motosikal maut susuli insiden langgar lari
Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya New Klang Valley Expressway (NKVE), di sini pada pagi Khamis.
Polis kesan pemandu kereta langgar lari pelajar sekolah
Polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian agar tampil membantu siasatan polis.
Pejalan kaki mangsa langgar lari meninggal dunia
Polis menerima makluman daripada pihak Hospital Raja Permaisuri Bainun mengenai kematian wanita berusia 64 tahun itu petang semalam.
Pemandu MPV langgar mati pejalan kaki serah diri, direman hari ini
Suspek lelaki berusia 30-an itu telah menyerah diri petang semalam dan akan dibawa ke mahkamah hari ini.
Kereta terbabas dalam kolam takungan najis selepas cubaan larikan diri
Penghantar makanan berusia 19 tahun itu cedera di dahi dan pipi, serta calar di tangan dan kaki.
Polis buru pemandu lori langgar lari
Pihak polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai kes kemalangan berkenaan sekitar jam 4 petang.
Pesara KOKITAB maut dilanggar lari
Mangsa, Mohd Abdillah Abu Bakar, 63, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.