awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 hektar hutan tanah gambut di Muar terbakar
Suhu rendah luar biasa di Florida jejaskan jadual misi angkasawan NASA ke bulan
Keharmonian sambutan upacara keagamaan cerminan kebersamaan rakyat Malaysia - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan sekumpulan lelaki berkaitan video pukul di kedai vape Chow Kit

Fareez Azman
Fareez Azman
30/04/2021
04:41 MYT
Polis kesan sekumpulan lelaki berkaitan video pukul di kedai vape Chow Kit
Polis buru sekumpulan lelaki berkaitan video pukul di kedai vape Chow Kit. - Foto PDRM
KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan sekumpulan lelaki berhubung sebuah video tular yang memaparkan insiden dua mangsa dipukul pada 29 April lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, satu laporan telah dibuat pihaknya bagi menyiasat kejadian itu.
"Berkenaan satu kes pukul di kawasan Chow Kit pada 20 April 2021, terkesan satu video viral berdurasi selama 54 saat yang menunjukkan dua lelaki telah dipukul dengan getah paip dan ditendang dua lelaki lain dan disaksikan enam individu.
"Satu laporan polis telah dibuat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk menyiasat asal asul video ini," katanya dalam kenyataan media pada Jumaat.
Mengulas lanjut, siasatan awal mendapati lokasi kejadian melibatkan premis menjual rokok elektronik atau vape di Chow Kit, ibu negara.
Tambahnya, kesemua lelaki terbabit sedang dikesan untuk dipanggil memberi keterangan dalam siasatan kes itu.
"Isi kandungan video ini didapati jelas melanggar undang-undang dan boleh mendatangkan kegusaran. Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 342 Akta yang sama," katanya lagi.
Orang ramai diingatkan agar tidak berkongsi atau menyebarkan video terbabit melalui media sosial bagi mengelakkan kegusaran awam.
Terdahulu, video dipercayai rakaman dari kamera litar tertutup (CCTV) terbabit tular di laman sosial sejak semalam dan mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial.
Topic Berkaitan
#CCTV
#vape
#video
#Media
#media sosial
#jenayah
#mangsa
#siasatan
#undang-undang
#lelaki
#laman sosial
#pukul
#rakaman video
#Tular
#ocpd
#Dang Wangi
#IPD Dang Wangi
#PDRM
#Mohamad Zainal Abdullah
#video tular
#Chow Kit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan