KUALA LUMPUR: Pulangan RM1 juta bagi setiap RM1,000 yang dilaburkan.
Itu pulangan yang ditawarkan sindiket penipuan dikenali Skim Pelaburan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) untuk memperdaya mangsa di Sabah.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, polis membuka lima kertas siasatan berhubung penipuan itu yang dianggarkan melibatkan kerugian sehingga RM800,000.
"Berdasarkan siasatan yang dijalankan, sindiket itu mula beroperasi sejak 2019 dan menjanjikan pulangan yang tinggi kepada pelabur berdasarkan hibah. Pulangan yang ditawarkan adalah RM1 juta bagi setiap RM1,000 yang dilaburkan.
"Tawaran pelaburan itu dibuat secara bersemuka sama ada melalui kenalan atau saudara-mara.
"Mangsa hanya perlu mengikuti seminar dan kursus yang ditawarkan kononnya bagi melayakkan mereka melabur dalam skim itu," katanya pada sidang media di pejabat JSJK di sini, pada Rabu.
Ramli menambah, setelah yakin dengan skim pelaburan yang ditawarkan, mangsa mula memindahkan wang ke akaun yang diberikan.
Namun katanya, setelah pindahan wang dibuat, mangsa tidak menerima sebarang keuntungan seperti yang dijanjikan.
Sehubungan itu beliau mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan membuat semakan terperinci sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan terutama yang menjanjikan keuntungan terlalu lumayan.
Semakan boleh dilakukan di portal-portal rasmi seperti portal semakmule CCID, alert list Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti.
Umavathi Ramayah
Thu Mar 28 2024
Ramli berkata, tawaran pelaburan itu dibuat secara bersemuka sama ada melalui kenalan atau saudara mara. - Foto/ Astro AWANI
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 26 Mei 2024.
PM UK cadang remaja 18 tahun wajib sertai Khidmat Negara
Perdana Menteri United Kingdom (UK), Rishi Sunak tidak melengahkan masa sebaliknya terus mengatur strategi untuk mendapatkan semula mandat rakyat dalam pilihan raya umum akan datang. Pemimpin Parti Konservatif itu dalam pengumuman terbaharunya mencadangkan supaya remaja berusia 18 tahun dikehendaki wajib menyertai latihan khidmat negara.
Liga Super: Selangor kecewakan NSFC 4-0
Selangor FC menjaringkan kesemua gol pada babak kedua untuk menumpaskan Negeri Sembilan FC (NSFC) 4-0 pada aksi Liga Super.
Sekurang-kurangnya 11 maut, 15 lagi cedera
Sekurang-kurangnya 11 maut dan 15 lagi cedera dalam nahas membabitkan sebuah van dan sebuah trak di Wilayah Punjab, timur Pakistan pada Sabtu.
Hospital terbakar di India, 6 bayi baru lahir maut
Enam bayi baru lahir maut dalam kebakaran di hospital penjagaan bayi di ibu negara India, New Delhi, menurut pihak berkuasa tempatan pada Ahad.
Lebih 670 penduduk dikhuatiri maut di Papua New Guinea
Lebih 670 orang dikhuatiri maut susulan kejadian tanah runtuh dahsyat di utara Papua New Guinea, kata seorang pegawai PBB.
Kira-kira 200 trak bantuan mula masuk ke Gaza
Kira-kira 200 trak bantuan kemanusiaan mula masuk ke Gaza pada Ahad dengan empat trak dilaporkan membawa bahan api.
[TERKINI] Hamas lancar serangan roket di kawasan Tel Aviv
Hamas telah melancarkan serangan roket di kawasan Tel Aviv di tengah Israel buat kali pertama dalam tempoh hampir empat bulan.
Penstriman langsung guna teknologi 5.5G dipertimbangkan
Kementerian Komunikasi sedang mempertimbangkan untuk menggunakan penstriman langsung tahap tinggi dalam kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak Ogos ini.
Piala Dunia ISTAF: Ahmad Jais minta maaf kepada rakyat Malaysia
Tiada kata-kata yang mampu disuarakan pengendali skuad sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun selain ucapan maaf selepas gagal menunaikan impian menjuarai acara regu berpasukan pada final kejohanan P
Label hologram 'Authentic Sabah' bakal dilancar, perakui keaslian produk IKS Sabah
Label yang tertera perkataan 'Authentic Sabah' itu akan dilancarkan oleh Menteri MIDE Phoong Jin Zhe pada 20 Mei ini di Kota Kinabalu.